http://masmurni.blogspot.com/

Thursday, September 20, 2012

Membasmi Lipas Kereta

Sesiapa yang mempunyai kereta, pasti berasa sangat terganggu dengan kehadiran lipas kereta. Lipas ini bersaiz lebih kecil daripada lipas rumah dan suka bersembunyi di tempat sejuk seperti di balik alas kaki, kusyen atau but kereta. Ianya sangat cepat membiak tambahan pula kalau terdapat banyak makanan-makanan free...biasalah kalau makan di dalam kereta, mesti ada yang tercicir ke bawah. Lebih-lebih lagi kalau budak kecil yang makan.

Di bawah ini diberikan tips membasmi lipas kereta....belilah racun lipas! Kos sekitar RM8.00 / 4 pc.
hasilnya terbukti nyata berjaya sehingga 99.9% lipas telah lenyap setelah penggunaan selama 2-4 minggu.

Racun Lipas

Ada Racun Lipas di dalam lubang tu, boleh tahan tiga bulan

Dengan pelekat di bawahnya supaya mudah ditampal.

Saturday, September 1, 2012

Resepi Ketupat Sotong


Sebenarnya first time menyediakan hidangan ini..
dan first time juga merasanya..kiranya semuanya first time la...makan pun julung-julung kalinya,
resepi ini dapat daripada adik ipar yang berasal dari Terengganu...
Penyediaannya sangat mudah.. 

Resepi Ketupat Sotong

Sotong (berapa pun tak pe)
Beras Pulut (bergantung pada jumlah sotong)
Santan Cair ( untuk merendam sotong)
Santan Pekat (untuk dijadikan kuah)
Bawang merah (dimayang)
Halia (dimayang)
Gula (ikut citarasa)
Garam (secubit dua)
Sedikit Halba
Gula melaka (tak letak)

Cara menyediakannya:
Beras pulut direndam dengan santan cair (tak sabar-sabar nak makan,just rendam setengah jam saja..sepatutnya direndam sekurang-kurangnya 2-3 jam)
Sotong dibasuh bersih dan disumbatkan beras pulut di dalamnya , 
kemudian disematkan dengan lidi (agar pulut tak berkeluar).
Setelah itu, sotong dimasak bersama santan pekat dengan menggunakan api yang sederhana.
Masukkan bawang merah dan halia yang siap dimayang tadi.
Kacau perlahan-lahan sambil meletakkan gula dan garam secukup rasa.
Taburkan halba ke dalam masakan untuk menambahkan rasa dan menerbitkan bau yang menyelerakan
Masak selama 30 ke 40 minit atau sehingga masak..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs