http://masmurni.blogspot.com/

Wednesday, May 30, 2012

Fesyenista Manja Baby Kiko 2

Yeah... My Son fruit , Dani terpilih sebagai finalist Fesyenista Manja Baby Kiko 2
Semoga Dani berjaya ye sayang..
Vote Dani ye semua ..ngeeee




Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday : Ucapan Hari Guru


Terima Kasih atas ingatan ini...
Mood : Terharu










Tuesday, May 15, 2012

Strawberry: tart dan pavlova


Jom cuci mata..hihi









Moralnya, buah strawberry memang sesuai dijadikan hiasan pada makanan,
nampak cantik dan menarik je kan.,...
Rasa  lapar tiba-tiba ni..hahaha




Wednesday, May 9, 2012

Novel Terbaru Anis Ayuni - Kejora Di Langit Cinta




Tajuk: Kejora di Langit Cinta
Penulis: Anis Ayuni
ISBN: 978-983-124-781-5
Harga: RM23.00
Halaman: 528


Sinopsis: Nur Faradila bahagia bersama mama dan adik perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru. Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat istimewa.


Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empat tahun yang lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu. Bimbang hanya bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan fikirannya.


Namun, kemunculan Datuk Azlan mencurigakan. Baiknya berganda-ganda sehingga menimbulkan tanda tanya. Apakah lelaki itu ada hati terhadapnya? Tidak mungkin! Dia hanya menganggap lelaki itu sebagai bapa anak muridnya. Apatah lagi seluruh hatinya sudah ditawan oleh Khalish. Tetapi anak Datuk Azlan, Ibrahim Hakimi yang suatu ketika dahulu ‘liar’ berubah baik disebabkan dirinya. Barangkali Ibrahim Hakimi mendambakan kasih seorang ibu.


“Ya ALLAH... jadikanlah kejora di langit cintaku hanya untuk dia yang aku sayang.”


Sunday, May 6, 2012

Purple Velvet Dan Belated Birthday Alya

Sebulan sebelum birthday Alya.

Impian kek birthday Alya Husna:
" Mama, husna nak kek mermaid duduk atas batu, di tepi pantai "

Impian sambutan birthday pula:
"Husna nak sambut di taman bunga, ada friends datang,nak ada banyak belon"

Itulah impian Alya.. 

Sambutan birthday Alya banyak kali tertangguh disebabkan cuaca yang tidak menentu 
dan hal-hal lain yang tak dapat dielakkan..

Sehinggalah pada tarikh 05.05.12..
Hari tersebut merupakan hari pertunangan Mak cik Meni Alya..
Kiranya sambutan birthday Alya ala-ala taman juga..
 sebab ada pelamin mak cik Meni yang berbunga-bunga..

Akhirnya...kek dan birthday  impiannya jadi kenyataan..
cuma belon saja yang mama terlupa...
kali ini Alya tidak menyambut hari lahir sendirian..
Sepupu comel Alya, Adlyn Nafisa pun turut bersama-samanya..














Ni dia mak cik Alya yang gorgeous tu,
Selamat Bertunang :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs