http://masmurni.blogspot.com/

Friday, January 27, 2012

Kencing Tikus (LEPTOSPIROSIS)

Kencing Tikus


Apa itu penyakit Leptospirosis?

Leptospirosis merupakan salah satu penyakit berjangkit yang mana boleh menyebabkan mortaliti (kematian). Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas seperti negara kita Malaysia.

Antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit ini ialah:

  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Antara tanda dan gejala penyakit ini ialah:

  • Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  • Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
  • Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
  • Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
  • Radang Selaput mata.
  • Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam

Antara komplikasi yang disebabkan oleh penyakit ini ialah:
  • Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
  • Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
  • Perdarahan yang teruk.
  • Respiratory distress).
  • Kegagalan fungsi hati.
  • Kegagalan fungsi buah pinggang

Rawatan yang biasa digunakan untuk penyakit ini ialah ubat – ubatan seperti Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Manakala penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.


Bahana kencing tikus

BANYAK pihak terkejut apabila deejay dan personaliti radio dan televisyen popular, Din Beramboi dilaporkan terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang setelah dipercayai dijangkiti kuman kencing tikus baru-baru ini.

Pelbagai teori tiba-tiba muncul apatah lagi Din jatuh sakit beberapa hari selepas dia menjalani penggambaran di Zoo Negara. Bagaimanapun, Din disahkan meninggal dunia akibat demam denggi berdarah.Jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis yang jarang berlaku itu dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya terjadi secara kebetulan.

Menurut Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.



 


170 anak

“Banyak haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria Leptospira, tidak kira ia haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

“Bagaimanapun, tikus dikesan sebagai penyebar utama bakteria ini kerana kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor (menjadi tempat bakteria Leptospira membiak).

“Iklim negara yang lembap menjadi faktor terbaik kepada pembiakan bakteria ini. Malah, pada suhu sederhana ia boleh hidup lebih lama,” katanya.Tambah Intan, kitaran hidup tikus yang cepat membiak dan sukar dikawal membantu penyebaran bakteria dengan lebih meluas.

“Jangka hayat tikus betina adalah di antara dua dan tiga tahun tetapi ia sudah boleh bunting dan aktif seks hanya dalam tempoh enam minggu.“Setiap kelahiran, tikus boleh melahirkan lima hingga tujuh ekor anak tikus. Tikus betina boleh bunting sebaik melahirkan anak,” kata Intan.

Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh bunting sehingga 28 kali dan melahirkan sehingga 170 ekor anak.Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang hotel terkemuka, kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran makhluk perosak tersebut.“Bakteria Leptospira akan tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis.



Rumput

“Malah, tikus betina yang bunting boleh memindahkan bakteria tersebut kepada anak dalam kandungannya.“Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia.“Oleh sebab itu, saya mengesyorkan pemakaian sarung tangan sewaktu melakukan kerja-kerja berkebun dan basuh tangan menggunakan antiseptik,” kata Intan.

Menurut beliau, jangkitan terus bakteria Leptospira daripada tubuh tikus jarang dilaporkan sebaliknya terjadi apabila haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing meminum air dari lopak yang sudah dicemari dengan kencing tikus.“Kebiasaannya kucing yang meminum air dari tempat bertakung yang telah dicemari kencing tikus berisiko tinggi untuk mendapat leptospirosis.“Pemilik kucing yang membersihkan kucing dan tersentuh dengan kencing, air liur, tisu atau permukaan lembap lain juga akan terdedah kepada jangkitan ini,” ujarnya.


Gerudi

Simptom penyakit hanya akan muncul dalam masa empat hingga 12 hari selepas kuman atau bakteria Leptospira menjangkiti haiwan atau manusia.“Lazimnya, bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Jika kita pegang haiwan yang dijangkiti leptospirosis dan makan tanpa mencuci tangan, bakteria tersebut akan turut memasuki tubuh sebelum memasuki saluran darah.

“Bakteria ini akan menggerudi sel-sel dalam badan termasuk hati dan buah pinggang. Malah, dua organ tersebut adalah lokasi utama pembiakan bakteria ini.“Akibatnya, sel-sel organ penting haiwan yang diserang bakteria ini akan rosak dan gagal berfungsi manakala pembuluh darah akan pecah sehingga membawa kepada kencing berdarah,” jelas Intan.

Dalam kes serius, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu atau haiwan mengikut daya ketahanan masing-masing.“Sukar untuk mengenal pasti jangkitan ini pada peringkat awal kerana simptom yang ditunjukkan sangat umum.“Pemeriksaan terperinci melibatkan ujian makmal, ujian darah, analisis air kencing dan beberapa ujian lain perlu dilakukan sebelum mengetahui ia berpunca daripada Leptospira,” ujarnya.

Kata Intan, simptom akan menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan kerosakan hati.
 “Apabila dijangkiti, biasanya bakteria Leptospira mengambil masa sekitar 10 hari untuk sampai ke organ penting sebelum menimbulkan gejala.

“Dalam tempoh ini, rawatan sewajarnya perlu diberikan untuk mengelak komplikasi tidak diingini,” kata Intan.Seperti jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin.

“Kos ujian mengenal pasti bakteria Leptospira tinggi sehingga menyebabkan kebanyakan pemilik haiwan yang dijangkiti kuman itu hanya mengambil rawatan berdasarkan simptom yang ditunjukkan haiwan peliharaan mereka.

“Untuk tujuan itu, antibiotik adalah pilihan utama namun ia tidak akan membunuh bakteria itu sepenuhnya sebaliknya hanya meredakan simptom jangkitan seperti demam panas, muntah, cirit-birit atau demam kuning.“Malah selepas tiga bulan ia sihat secara klinikalnya, bakteria itu masih ada di tubuhnya,” jelasnya.


Sumber: KOSMO

Friday, January 13, 2012

Baiknya Tuhan Kita

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.. :)



sumber:
Osaib Gallery

Friday 13th - Sempat Ke?

Rasa terpanggil untuk mencatatkan sesuatu pada pagi jumaat ini.. kisah demi kisah, kejadian demi kejadian di sekeliling sebenarnya banyak mengajar dan menjadi pedoman dalam setiap keputusan yang diambil.. jauh di sudut hati yang sangat dalam terdetik satu tanda tanya pada diri sendiri.. diri ini  masih dalam keadaan mencari-cari hakikat dan keinginan sebenar dalam kehidupan..binggung memikirkannya.. 








Hanya meminta kekuatan daripada Allah semoga diberikan jalan untuk terus kuat,tabah dan redha dalam menempuh sisa-sisa kehidupan yang tak tahu entah bila akan berakhir.. rasa takut, ragu dan curiga pada kemampuan sendiri semakin kuat berakar umbi.. usia yang semakin menginjak dari setahun ke setahun membuatkan diri ini sentiasa berfikir..." Mampukah menjadi insan solehah sebelum sampai masanya? diri ini terlalu banyak kekurangan.. sedangkan bila-bila masa saja akan kembali pada-Nya" .... :'(

Thursday, January 12, 2012

Rumah Wardina Safiyyah Dipecah Masuk Perompak

Petikan dari twitter Wardina:




Klik sini untuk info terkini:

Semoga Wardina dan keluarga selamat..Amin..

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday - Sweetnya Video Ni.....


Alangkah baiknya jika kehidupan kita seindah ini..
 dalam setiap individu ada rasa perihatin sesama sendiri.
So sweetttt...


Tuesday, January 10, 2012

Petua Dan Penawar Untuk Anak Degil



Kenny Rogers - Roasters Healthy Eating Day!!



Esok jom serbu Kenny Rogers.. Buy 1 Free 1 .. 




Yang wajib, pakai baju warna merah .
Pengalaman lepas-lepas, ada juga mereka yang datang 
tak pakai baju merah, tapi mereka bawa apa saja yang merah
bersama mereka.. seperti beg,topi dan apa saja yang berwarna merah..
Jangan lupa tau esok sahaja 11 Jan 2012 ..





Tengah belek-belek gambar tadi terjumpa gambar ini..
Gambar ni diambil dua tahun lepas ,semasa
 Roasters Healthy Eating Day 2010.

Monday, January 9, 2012

Adab Wanita Ketika Keluar Rumah




Sekadar berkongsi dan peringatan untuk diri sendiri:

~♥~ Seseorang wanita boleh keluar rumah sekiranya ia mempunyai sesuatu hajat yang amat perlu yang diharuskan oleh syarak. Contohnya..

a) Menuntut ilmu fardhu ain - Sekiranya ibu bapa atau suami atau penjaganya tidak berkesempatan atau tidak berkemampuan mengajarnya.

b) Menziarahi kaum kerabat, saudara-mara, jiran, ataupun sahabat.

c) Keluar mencari nafkah yang halal di sebabkan wanita itu sebatang kara, atau keadaannya miskin, atau penjaganya sakit atau cacat.

d) Untuk menjadi saksi.


~♥~ Keluar dengan berdoa meminta perlindungan dari fitnah dan gangguan manusia serta syaitan.


~♥~ Apabila tempat tujuan kurang dari dua marhalah, wanita tersebut boleh ditemani oleh kanak-kanak. Apabila perjalanan lebih jauh dari itu, hendaklah wanita itu ditemani oleh mahramnya.


~♥~ Hendaklah menutup aurat supaya:

a) Mudah dikenali bahawa dia adalah wanita yang beriman

b) Tidak ada gangguan

c) Mendapat keampunan ALLAH SWT


~♥~ Elakkan berjalan di jalan besar yang sesak dengan orang ramai. Hendaklah berjalan di laluan tepi yang bukan laluan umum.


~♥~ Jangan menampakkan perhiasan diri seperti, (rantai, gelang dan sebagainya) atau menghentakkan kaki untuk membunyikan perhiasan seperti, (gelang kaki atau kasut berladam).


~♥~ Berjalan dengan sopan. Elakkan daripada banyak bergurau senda di jalanan.


~♥~ Jangan memakai bau-bauan kerana ia merangsang nafsu lelaki. Jika memakainya, jangan terlalu banyak, cukuplah sekadar tidak berbau busuk.


~♥~ Tundukkan pandangan dan kekalkan sifat malu. Jangan sekali-kali bertegur sapa atau melayan lelaki yang bukan mahram.

~♥~ Meminta keampunan kepada ALLAH disepanjang perjalanan.

Semoga mendapat hidayah dan kekuatan daripada Allah untuk terus mengamalkan agama. Insya'Allah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs