http://masmurni.blogspot.com/

Thursday, August 9, 2012

Kerajaan abai bantahan rakyat untuk guna sistem saman AES


Seperti biasa setiap kali musim perayaan, jalan raya di Malaysia pasti akan menjadi sibuk. Ini terutamanya dalam perayaan Aidilfitri apabila semua berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.
Agak malang kerana keadaan sistem pengangkutan awam negara yang sangat lemah, maka secara langsung akan meningkatkan jumlah kenderaan di atas jalan raya apabila ramai akan memilih untuk menggunakan kenderaan persendirian.
Dalam keadaan orang ramai membanjiri jalan raya, sistem AES iaitu satu sistem perangkap kesalahan lalu lintas akan mula beroperasi dan saman yang dikendalikan syarikat akan dilaksanakan bermula 12 Ogos ini.
Walaupun terdapat banyak bantahan tetapi terhadap pengswastaan saman lalu lintas, seperti biasa regim pemerintah tidak mempedulikan suara rakyat dan tetap melaksanakan sistem saman yang akan menguntungkan pemodal besar ini.
Dilaporkan, pemilik kenderaan boleh disaman sehingga RM2,000 kerana sistem ini.
Untuk melaksanakan sistem ini perbagai alasan lunak dilagukan ke telinga rakyat. Antaranya ialah regim menyatakan bahawa AES bukan untuk keuntungan syarikat tetapi bagi mendidik pengguna.
Dengan ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut regim penguasa melalui PDRM untuk bersikap benar-benar ikhlas dalam perkara ini.
SAMM menuntut supaya Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pengangkutan, JPJ mahupun PDRM itu sendiri supaya menyiarkan lokasi-lokasi kamera AES di seluruh negara supaya kenderaan lebih berhati-hati ketika menggunakan jalan raya dalam musim perayaan ini.
Ia bertepatan dengan kenyataan kerajaan bahawa sistem AES bukan untuk keuntungan syarikat tetapi mendidik pengguna malah dengan penyiaran lokasi kamera ini akan lebih meningkatkan kesedaran pengguna kepada “perception of being caught” seperti yang dimahukan oleh Kerajaan.
Jika regim gagal mengumumkan lokasi-lokasi kamera AES tersebut, maka akan menyerlahkan sikap sebenar dan matlamat mengaut keuntungan semata.
Pada perayaan ini SAMM juga menasihatkan semua pengguna kenderaan mempertingkatkan langkah berjaga-jaga dari faktor kecelakaan jalanraya mahupun kehilangan wang ringgit anda akibat disaman syarikat swasta.
SAMM sendiri akan mengadakan kempen keselamatan jalan raya dengan cara yang tersendiri di beberapa lokasi di seluruh negara.
Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang dan peranan besar kita kepada negara.
Sekian
Yaser Sheikh Abd Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

1 comments:

Denny Farhan said...

sebelum pulang kampung jangan lupa periksa kunci rumah...aman,pulang dengan tenang..

desain rumah
lemari arsip

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers