http://masmurni.blogspot.com/

Monday, June 4, 2012

Mee Kari Udang Mama

Mee kari ni menu dinner malam tadi,
mudah dan cepat penyediaannya.
Sama je macam rasa mee kari kat kedai (hihi)
Sesiapa yang nak cuba,boleh cuba ye..sedappp..
Udang menyorok masa ambil gambar ni..





Bahan-bahan:
(untuk 4-5 orang)

Mee kuning 1/2 kg ( basuh dan celurkan)
Udang 300 gram
rempah kari 1 1/2 senduk kecil

cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
bawang merah 3 ulas**
bawang putih 2 ulas**
halia sedikit **
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih 
( sikit je..nak bagi wangi)
daun kari sedikit
tahu kering
udang kering sikit**
asam keping sekeping
pati santan 1 pek 
susu cair tambah sedikit pun sedap (tak letak pun tak pe)

Bahan hiasan/ulam:

telur rebus,
bawang goreng,
sawi (celur),
taugeh (celur),
cili besar@cili api
bebola sotong/ikan(goreng)

Cara-cara
Tumbuk bahan **
Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste.
Masukkan juga cili mesin juga
Panaskan minyak. Masukkan daun kari,kulit kayu manis, bunga lawang
dan bunga cengkih.Tumis sampai wangi.
Masukkan bahan-bahan tumbuk. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
Bila dah pecah minyak, masukkan santan, garam secukup rasa dan asam keping.
Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul.
Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering. Biar sebentar dan tutup api.
Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..


2 comments:

.: iEyLa :. said...

huwaaa...my favorite disamping rojak kak..
one fine day nak rase yg akk masak laaa..hihi

masmurni said...

boleh...boleh...xde halnya...akak pun suka rojak juga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs