http://masmurni.blogspot.com/

Friday, September 30, 2011

Gambar Terminal Bas Segamat Terbakar (30/09/2011)

Kejadian ini berlaku pada jam 10.40 pagi pada hari Jumaat ,30 September 2011
Alhamdulillah..Tiada kemalangan jiwa berlaku, 
Hanya seorang dilaporkan melecur di tangan
Menurut sumber tak rasmi,
kejadian berpunca dari kebocoran gas.
Namun siasatan masih dijalankan...


Gambar kredit kepada:


Semasa Kejadian

kebakaran terminal bas segamat
api marak menyala di bahagian atas terminal





asap berkepul-kepul 



 Selepas Kejadian

lebih kurang lima buah kedai yang terlibat





keadaan terminal selepas terbakar



kaunter bas transnasional dan cepat express turut terlibat sama

Ikan Keli Pun Ada Halal Haram Juga.....


Cerita ikan keli yang memakan makanan halal haram ni terjumpa dalam fb... 
just nak share untuk panduan 
diri sendiri dan kepada sesiapa yang terbaca info ini.


ikan keli 


Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal


Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 

· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) 

· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup


Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

dapat dari sini

Wednesday, September 28, 2011

Novel Anis Ayuni - Cinta Yang Kurasa Dicetak Rompak

Semua benda nak dicetak rompak..baik baju, kasut, filem...
Kalau ada yang asli mesti akan wujud klon-klon cetak rompaknya...haisshhh
Terbaru, novel karya penulis terkenal Anis Ayuni,

Cinta Yang Kurasa turut menjadi mangsa dicetak rompak..
Cinta Yang Kurasa merupakan novel terbaru dan yang ke-10 bagi beliau. 
Novel tersebut dipasarkan dan dilancarkan pada bulan April yang lalu.
Novel ini diterbitkan oleh Alaf 21.



Cuba lihat berbezaan kedua-dua novel di atas, 
Novel di sebelah kiri adalah yang asli.
Jika dipandang sekali imbas pun kita sudah nampak perbezaannya..
dari segi warna, buku asal nampak lebih berseri
dan kelihatan ke'pink-pink'an di bahagian bawahnya.




Ini pula perbezaan muka belakang novel tersebut 
yang turut menampakan perbezaan warna.
Bar code kelihatan tidak jelas.




Helaian dalam buku pula...
 Novel asli sebelah kiri.
 Novel tiruan nampak seperti difotostat.
 Gambar bunga pun nampak tidak begitu jelas.




Kalau dibandingkan dari bahagian atas pula,
novel asli ada garisan hitam di tengah.
Manakala novel tiruan tiada garisan.





Novel tiruan, muka suratnya cuma digam dan mudah tercabut,
berbanding dengan novel asli yang teguh berjahit.





Isi novel tiruan, mudah terbarai..


Mana sebenarnya lebih berbaloi?
Membeli novel asli atau terbeli novel cetak rompak 
yang sama harga tetapi kualitinya tidak bagus..???

Jadi, kepada peminat Anis Ayuni 
dan pembaca novel sekalian ;
berhati-hati ketika membeli novel kegemaran anda di pasaran..
Pastikan beli hanya yang asli sahaja..

*Untuk langkah keselamatan; beli di kedai-kedai buku terkemuka sahaja..

.Sebarang laporan mengenai perkara ini boleh disampaikan kepada Alaf 21:
 03 51013888 sambungan ke Alaf 21 - 3692/3683/3684.

Kredit kepada:
Anis Ayuni Alaf 21

Wednesday, September 21, 2011

Iklan TM - Manchester United (Malay)

Jom layan iklan best dari TM nih...
Besh iklan ni..
Satu hari nanti harap-harap
 ada pemain bola Malaysia yang sampai ke tahap itu..
Kalau lah ada Ramli 
 dalam Perlawanan Malaysia menentang Jepun tadi
mesti Malaysia dah menang kan... :)



Friday, September 16, 2011

Muka Bayi Cedera Ketika Dilahirkan

KEADAAN muka bayi yang  lebam  ketika dirawat di HTAR, semalam.


Hati ibu manalah yang tidak sedih,
melihat bayi yang dilahirkan cedera sedemikian rupa..
Kesian sangat melihat keadaan bayi perempuan ini... 
Kalau kita terluka sikit pun dah sakit 
Apatah lagi bayi yang cedera begini rupa..
Kejadian ini berlaku empat hari lepas 
di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)
Siapa yang perlu disalahkan??? 


Berita selanjutnya di bawah ini:



KLANG: Seorang bayi perempuan yang baru empat hari dilahirkan mengalami kecederaan serius di muka dan mata dipercayai akibat kecuaian doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini ketika menyambut kelahiran bayi itu.

Difahamkan bayi sulung kepada pasangan suami isteri yang baru setahun berkahwin itu tidak dapat menyusu seperti biasa kerana luka di mulut sehingga pihak hospital terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memberi susu kepada bayi terbabit yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU) hospital berkenaan. Ibrahim Umran, 23, berkata lebih menyedihkan sehingga sekarang pihak hospital masih gagal memberi penjelasan munasabah mengenai punca kecederaan bayinya itu, malah diherdik oleh doktor bertugas apabila beliau terus mendesak meminta penjelasan. “Apa yang dikesalkan, apabila ditanya jururawat yang menyambut kelahiran bayi saya mengapa kejadian itu berlaku, mereka hanya menjawab tak tahu. Isteri saya memberitahu doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah doktor perempuan dan masih muda tetapi sehingga sekarang saya belum dapat menemuinya untuk meminta penjelasan.

“Saya turut ditengking oleh doktor bertugas dengan mengatakan saya terlampau banyak bertanya serta tidak memikirkan masalah doktor yang terpaksa bekerja siang dan malam tanpa rehat mencukupi untuk merawat pesakit,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ditemui di sini, semalam.

Ibrahim berkata, ketika kejadian, beliau menunggu di luar bilik pembedahan bersalin sementara isterinya, Siti Aishah Abdullah, 23, menjalani pembedahan pada jam 10.15 malam, Isnin lalu.

“Selepas menunggu kelahiran anak sulung dengan penuh debaran, dua jururawat wanita membawa keluar bayi dan saya sangat terkejut apabila mendapati bayi saya banyak lebam di bahagian muka.

“Hancur luluh hati saya apabila melihat anak sulung yang dilahirkan cedera sedangkan sepanjang tempoh kandungan, doktor mengesahkan bayi saya sempurna dan sihat. Doktor yang melihat bayi saya ada mengatakan kecederaan ini mungkin kerana terkena tangan ketika proses melahirkan bayi,” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi jurucakap hospital berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan dengan mendapatkan maklumat dari bahagian bersalin sebelum memberikan ulasan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop pula berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan.

berita diambil dari SINI

Monday, September 12, 2011

Hari-Hari Kelepasan Am Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2012

Kek Black Forest


Entry ni khas buat cik ieyla 
haha..kek black forest ni tak la sama cam yg cik ieyla gambarkn
sebab pas raya aritu tak terjumpe pula ceri-ceri merah yang bertangkai..
tapi kat tengah2 tu dipenuhi dengan ceri hitam yang sangat seksi...

tengok gambar saja dulu la ye....hehe


*

*

*

*

*

*

*

*








kek black forest dari atas



kek black forest dari sisi
coklat kat tepi kek yang simple jer..
kes malas jimat coklat nih...hehe


kek black forest pandangan dari sisi yg lain pula
Ada  yang meleleh pula tuh..
terlebih sos berry nih...


kek black forest selepas dipotong




 keratan tengah..
nampak tak? ada banyak ceri hitam...
sedap sangattttt...hehe



kek black forest dari sudut yg lebih dekat...




yummy.....





UEFA Champion League week 1 prediction

Dalam kotak merah dijangka menang

Saturday, September 10, 2011

Harga Pasaran dan Review Blackberry Playbook

Nampak smart je kan blackberry playbook ni


blackberry playbook



Meh kita tengok keistimewaannya:




Berat sekitar 425 gram.Ketebalan hanya 10 mm

Peranti ini turut disokong oleh sistem operasi QNX
 yang mesra pengguna dengan binaan RAM satu megabit (MB) 
selain pilihan memori binaan dalam berkapasiti 16, 32 dan 64 gigabit (GB).

BlackBerry Playbook  menyokong permainan video
beresolusi tinggi (HD) 1080p,
 mempunyai output HDMI serta 
kamera belakang lima megapiksel 
dan hadapan tiga megapiksel.

BlackBerry Playbook boleh diintegrasi
 bersama telefon bimbit pintar BlackBerry 
untuk mengakses kandungan data seperti emel,
 BlackBerry Messenger (BBM), 
kontak dan sebagainya menerusi capaian Bluetooth 
dengan kadar sekuriti yang tinggi.



BlackBerry Playbook dipacu dengan pemproses berkembar
yang membolehkannya melaksanakan pelbagai operasi secara serentak.



Blackberry playbook didatangkan bersama skrin LCD sentuh bersaiz tujuh inci
 beresolusi 1024x600 sudah pasti
 memberikan keselesaan paparan kepada anda.

Harga pasaran RM1,599 untuk 16GB, 
RM1,899 (32GB) dan RM2,199 (64GB).



Review :




Lebih lanjut tentang Blackberry Playbook:


Features
  • +  5.1” x 7.6” x 0.4” (130mm x 194mm x 10mm)
  • +  0.9 lbs
  • +  7” 1024 x 600 WSVGA display
  • +  storage: 16 GB
  • +  Support for Adobe Flash Player 10.1 and HTML5
  • +  Stereo speakers and stereo microphones
  • +  3 MP front camera and 5 MP rear camera both supporting 1080p HD video
  • +  HDMI output supporting 1080p HD
  • +  Music Store by 7 Digital
  • +  1 GB RAM
  • +  Data connectivity through Wi-Fi, BlackBerry Bridge, or tethering
BlackBerry PlayBook Tablet Description: 
  • 1 GHz dual-core processor
  • BlackBerry Tablet OS
  • 1 GB RAM
  • 16 GB Storage
  • 7-inch 1024 x 600 WSVGA display
  • 3 MP front camera and 5 MP rear camera
  • HDMI output
  • Data connectivity through Wi-Fi, BlackBerry Bridge
BlackBerry PlayBook – the world’s first professional grade tablet
Discover a truly uncompromised tablet experience with the BlackBerry PlayBook. At less than half an inch thick, with a 1GHz dual core processor, it is both ultra-portable and ultra-powerful, so you get high performance at every turn: stunning multimedia, true multitasking, and access to the whole Internet – no exceptions.

A true stunner
  • 7 inch LCD display, 1024 x 600 screen resolution
  • High resolution, WSVGA, capacitive screen with 4-finger multi-touch and gesture support

Nothing can stop you now
Now there's a professional-grade tablet built to offer you the high-performance experience you demand.
  • Get started easily — simply swipe-to-wake
  • Blazing speed and tremendous power in a tablet format
  • 1 GHz dual-core processor
  • BlackBerry Tablet OS with symmetric multiprocessing
  • 1 GB RAM
  • Powerful, user-friendly QNX technology: It's what the World Wide Web runs on
  • True simultaneous multitasking — apps run simultaneously and in real time
  • Accelerometer, 6-axis motion sensing (gyroscope) and digital compass (magnetometer)
  • GPS
  • Micro USB port

Uncompromised Web
With the BlackBerry PlayBook tablet, you get access to the full web, not a scaled down mobile version.
  • Games, media, apps and all the rich content the real Internet has to offer
  • Full Adobe Flash 10.1 enabled
  • Built-in support for HTML 5
  • No-compromise rendering of text, graphics and video

Connect anytime, anywhere
Wirelessly connect to your BlackBerry smartphone1 for real time access to email, calendar, address book and task list, using BlackBerry Bridge
  • BlackBerry PlayBook tablets will offer support for high speed wide area networks as follows: BlackBerry PlayBook with Wi-Fi 802.1 a/b/g/n
  • All BlackBerry PlayBook tablets support Bluetooth® 2.1+EDR

Marvel at your media
Do not settle for amateur grade multimedia. The BlackBerry PlayBook offers a high fidelity multimedia experience.
  • 3 MP 1080p HD forward-facing camera
  • 5 MP 1080p HD rear-facing camera
  • Stereo speakers and stereo microphones
  • Crystal clear video; H.264, MPEG4, WMV HDMI video output
  • Micro HDMI port for 1080p playback
  • Music Store by 7 Digital, BlackBerry Podcast app

Rich application ecosystem
  • Rapid development environment
  • Reliable BlackBerry Tablet OS, powered by QNX technology
  • Supports POSIX OS, SMP, Open GL, WebKit, Adobe Flash and Adobe Mobile AIR

Friday, September 9, 2011

Video Time Lapses - The Unseen Sea, By Simon Christen


Jom layan video time lapses -The Unseen Sea



The Unseen Sea from Simon Christen on Vimeo.


Menurut Simon Christen, "A collection of time lapses I took around the San Francisco Bay Area roughly shot over the period of one year."


Beliau mengambil masa lebih setahun untuk menghasilkan video
yang sungguh cantik ini.
Betapa indahnya alam ciptaan Allah (Subhanallah)

Thursday, September 8, 2011

Smurf 2011 & Movie Trailer


Wah sebenarnya memang seronok
 dan sangat teruja dengan Smurf  2011
Watak-watak smurf yang cute
 dan perjalanan plot cerita yang menarik
 membuat anak-anak mama
menonton tanpa jemu dari awal hingga ke akhir .. 
si kecik mama tak mau balik pas cerita tu habis,
nak tengok lagi katanya..

Dulu masa zaman kecik2 memang  selalu menonton siri kartun ni
Tak salahnya kat TV3 hari sabtu
(hehe..ingat-ingat lupa dah)

Yang belum menonton,jom tengok trailer Smurf 2011..
Perkampungan fantasinya sangat cantik kan?




watak utama smurf 
Watak utama dalam cerita ini,
Papa (Jonathan Winters),
Clumsy (Anton Yelchin), 
Smurfette (Katy Perry),
Gutsy (Alan Cumming),
Brainy (Fred Armisen) 
Grouchy (George Lopez).


yang ni plak perkampungan smurf yg ada kat Malaysia..hehe

gambar Smurf ni sempat ambik kat Midvalley
meh tangkap gambar sebelum layan Smurf 2011



Wednesday, September 7, 2011

Mc Donald's NEW Family Dinner Box & Chicken Muffin

Starting 8 Sept 2011




M&M Vote & Win

 
Ingat lagi tak peraduan nih?? 
dah lama tahu jadi pemenang tapi baru hari ni sempat nak pi ambik




dan inilah hadiahnya:




menang green dispenser 

Walaupun tak dapat hadiah utama,
suka sangat Alya dan Amar dapat hadiah ni..
Alhamdulilllah...

Wordless Wednesday - Tembikai oo Tembikai







ANGGOTA Bomba dan Penyelamat, polis, kakitangan Propel, dan kakitangan PLUS bertungkus lumus membersihkan tembikai yang berselerak di atas lebuh raya, semalam selepas lori membawanya terbalik di tengah Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di KM280.2 disebabkan tayar belakang sebelah kanan pecah. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan dari Kajang hingga ke tempat kejadian. - Foto Owee Ah Chun

Monday, September 5, 2011

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara dan sekutunya mesti dibanteras

1. Menghina Islam adalah satu perbuatan jenayah terkutuk. Selain daripada hujah sebagai satu mekanisme menghadapi pelbagai pihak situasi yang keliru mengenai Islam, tindakan undang - undang juga sangat diperlukan terutama kepada mereka yang bertindak keterlaluan menghina dan mempersendakan agama Islam. Tambahan pula mereka bergerak secara terancang dan sememangnya berniat jahat terhadap Islam dan ummatnya.

azlan2. Saya merujuk penegasan ini kepada kes penghinaan terhadap Allah, Rasul dan agama Islam yang dilakukan oleh "Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara" melalui laman blognya. Ia telah mendapat liputan luas seluruh dunia malah banyak pihak telah creat pelbagai laman sosial khas untuk berdepan dengan penghinaan yang melampau ini. Terbaru, satu pendedahan serius mengenai identiti Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini telah dilakukan.

3. Tidak perlu saya butirkan di sini apakah bentuk penghinaan yang dilakukan oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini. Semua pihak boleh merujuk kepada blognya dan dan juga laman facebooknya. Saya yakin perkara ini juga telah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa agama negara kita. Cuma, yang masih dinanti ialah tindakan berkesan dari pihak berkuasa bagi menangani jenayah ini.

4. Siasatan rapi juga mesti dilakukan terhadap pendedahan identiti yang telah dilakukan dan jika ia suatu pendedahan yang benar, pihak berkuasa agama mesti mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit yang telah menghina agama Allah SWT dan telah mencederakan perasaan ribuan juta ummat Islam di seluruh dunia khasnya umat Islam di negara ini.

5. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mengharapkan satu pendakwaan dikenakan ke atas individu tersebut oleh pihak berkuasa agama seperti JAKIM bagi mewakili seluruh ummat Islam negara ini. Individu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang didedahkan sebagai Adlin binti Abd Jalil perlu disiasat dan diadili segera sebelum ia mencetus kemarahan umat Islam.

6. Kami tegaskan bahawa perkara ini serius dan sekali - kali tidak boleh dipandang ringan apalagi untuk berlepas tangan. Isu ini sudah berlalu terlalu lama dan ummat Islam tidak boleh bersabar lagi. Selaku pihak berkuasa, tindakan segera mesti diambil dan kami menunggu dalam tempoh 10 hari daripada sekarang untuk sebarang tindakan positif dari pihak berkuasa agama terhadap isu ini.

7. Kami kesal apabila mutakhir ini rakyat hanya dimomokkan dengan bahaya komunis yang kononnya cuba dihidupkan kembali sedang komunis hanyalah "hantu" dan igauan yang sengaja dicipta dan dihidupkan untuk mengalih tumpuan kepada isu dan bahaya sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat khasnya umat Islam di negara ini.

8. Bukanlah komunis itu tidak bahaya, tetapi negara kita telah aman dan bebas dari ancaman komunis. Malah saya juga yakin, tiada siapa khasnya dari kalangan umat Islam yang mahu menghidupkan semula fahaman komunisme terutama di zaman ini. Sebaliknya apa yang berlaku ialah rakyat bangkit berjuang untuk menegakkan Islam dan menuntut pemulihan sistem demokrasi.

9. Tanpa tindakan berkesan dan positif dari pihak berkuasa agama terhadap kes penghinaan terhadap agama Islam yang dilakukan oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, Dewan Pemuda PAS Malaysia memberikan komitmen untuk menggerak dan memimpin kebangkitan sejuta umat sehinggalah individu terbabit diambil tindakan dan mereka yang menjadi dalang atau pihak yang melindungi kegiatannya turut diambil tindakan tegas.

10. Saya juga menyeru kepada seluruh umat Islam agar mempersiapkan diri dengan ilmu Islam yang mantap agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan propaganda yang cuba untuk meruntuhkan aqidah Islam. Para alim ulama' mesti bersatu dan bangkit mempertahankan aqidah ummat Islam serta memberikan penjelasan serta kemukakan hujah mendepani kekeliruan yang sengaja ditimbulkan terhadap ajaran Islam.

Akhirnya saya menasihati diri saya sendiri, seluruh umat Islam, pemimpin dan ulama' mereka, agar jangan sekali-kali leka dan asyik diselimuti kedinginan penghawa dingin di bilik seminar atau pejabat masing-masing.

Jangan alpa dengan persoalan-persoalan remeh yang hanya membincangkan soal doa mesti tadah tangan atau tidak ? solat subuh kena baca qunut atau tidak? Jangan hanya memikirkan soal kepentingan politik dan percaturannya sehingga isu melibatkan aqidah umat Islam ini tidak lagi menjadi keutamaan dalam perjuangan mereka. Jangan hanya kerana memikirkan soal survival kuasa sehingga memejamkan mata terhadap isu yang melibatkan masa depan aqidah ummat Islam.

Ingatlah, amanah utama selaku umat Islam, pemimpin dan ulama' mereka ialah memelihara dan menegakkan Islam serta mengurus kehidupan (ekonomi, politik dan sosial) di dunia ini berdasarkan agama yang diwahyukan oleh Tuhan Yang Maha Mencipta. Justeru, laksanakan amanah tersebut sebelum kita semua dihitung nilai oleh Allah Rabbul Jalil di akhirat kelak.

Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS


sumber: http://www.malaysiakini.com/letters/174625
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs