http://masmurni.blogspot.com/

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday 2 - Lukisan Alya





*menurut Alya,gambar ni dalam kereta..
alya,adik,mama dan baba nak pi jalan-jalan





alya dan amar

Saturday, June 25, 2011

Maharaja Lawak Akhir 2011 - Jozan

Juara
Sepah

Naib Juara:
Jozan

Ketiga
Nabil

Keempat
Jambu 

Walaupun Jozan dapat tempat kedua,Jozan tetap the best..
Jangan marah ye peminat Sepah..hehe




Friday, June 24, 2011

Kenapa Kena Botak Kepala?


KECEWA ...
Seorang bekas pelatih bomba wanita, Hizyaty Othman, 28,
 menunjukkan gambar kepalanya yang dibotakkan
 ketika ditemui pemberita  di kediaman mereka di
 Taman Berjaya, Jalan Pegawai di Alor Setar, hari ini.
 Beliau dibotakkan bersama 18 pelatih wanita lain 
ketika mendaftarkan diri 
di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
 Wakaf Tapaidi Marang, Terengganu 2 Mei lalu.
 - Foto BERNAMA

Kelayakan Olimpik 2012 (MALAYSIA 2-1 Lubnan) - Jaringan TERBAIK MALAYSIA

Tahniah MALAYSIA 

Keputusan Perlawanan:

Malaysia 2 - Lubnan 1


[Gol Wan Zack Haikal]




[Gol Irfan Fazail]

Friday, June 17, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 12 - Jozan

Final Maharaja Lawak :
Jozan
Sepah
Nabil
Jambu

Harap-harap Jozan Juara nanti..




Blueberry Cheese Tart - Step By Step


Pernah rasa blueberry cheese tart?? 
rasanya sangat sedapkan..
Jom kita tengok cara-cara penyediaannya


inilah rupa sweet pastry yang dah siap


selepas diisi dengan cheese


dibakar suhu 180 C selama 10 minit/ hingga kering permukaannya


blueberry cheese tart yang baru keluar oven..


Sedia untuk dimakan..yum..yum





Thursday, June 16, 2011

Video Gerhana Bulan 16 Jun 2011

Bagi sesiapa yang tak sempat atau tak berpeluang melihat gerhana bulan, 
jom kita tengok sesama sambil memanjatkan puji-pujian pada Allah..
 tersentuh hati ni semasa melihat rakaman ni...
Maha besar Allah, Maha Suci Allah....




ambil dari sini:

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday



PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN












Selalunya, ramai daripada kita makan tanpa mengetahui jumlah kalori dalam setiap makanan yang diambil. Nampak sedap jer,semuanya kita nak makan kan...haha..jom kita lihat jumlah kalori dalam setiap makanan di bawah. Sambil-sambil tu kita layan juga gambar makanan yang cute dan kreatif 


Kategori:Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori


Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


[Teknologi+Makanan+Kreatif+1.jpg]




 






gambar:google

Sunday, June 12, 2011

Kerang Bakar Segamat Sangat Sedappp!!!

kerang bakar segamat

sambal yang sedap di atas kerang bakar

terliur sungguh

Setiap kali balik Segamat, makanan inilah yang dicari...rasanya  kerang bakar ni paling sedap yang pernah dimakan setakat ini.Lokasinya berhadapan dengan Jakel Segamat.. Sampai tiga pinggan kami makan..sangat puas hati.... harganya pun boleh tahan murah..cuma rm5 sepinggan..biasanya kerang bakar hanya dijual selepas pukul 8 malam... sesape yang teringin nak rasa silalah datang Segamat sambil bershopping di Jakel


Travel to Taman Negara Part 1 - Canopy Walkway

laluan  untuk melengkapkan canopy walkway



pandangan dari bawah 



perjalanan bermula di sini



tanpa rasa gerun Alya melangkah setapak demi setapak







sesekali melihat ke bawah...



Ada terasa sedikit gayat semasa mendaki tangga ini..




Alya sempat berposing sebelum meneruskan perjalanan




ada lebih kurang 11 titian yang perlu dilalui









Alya sampai ke stesen terakhir




nak rasai bagaimana pengalaman canopy walkway?? 
layan  video nih bermula 00:54 hingga 04:00



* terbayangkan titian sirat semasa canopy walkway .bayangkan sehelai rambut di bahagi 7 !!!!

Tuesday, June 7, 2011

Pertunangan Elly Mazlein & Azmi Hata


pertunangan elly mazlein & azmi hata - ayunya elly



engagement Elly Mazlein & Azmi Hata from lhmediatv on Vimeo.

*sweetnya elly nih...

Budak Lemas Dalam Besen Di Pusat Jagaan

BEE TIN tidak dapat menahan sedih ketika membawa mayat anaknya, Xing Rou, ke Hospital Pulau Pinang, semalam.

Sekadar hendak berkongsi  berita :

Mangsa dipercayai main sendirian tanpa disedari petugas pusat jagaan

GEORGETOWN: Remuk hati seorang ibu sebaik mengetahui anak perempuannya yang berusia dua tahun ditemui mati, dipercayai akibat lemas dalam besen di bilik air sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Jalan Paya Terubong, di sini, semalam.


Heng Bee Tin, 38, jelas tidak dapat menahan kesedihan sebaik saja melihat mayat anaknya, Stella Chew Xing Rou, terbujur kaku di sebuah klinik di Bandar Baru, Farlim.


Dalam kejadian kira-kira 1.50 tengahari itu, Xing Rou ditemui mati di dalam besen air dipercayai akibat mati lemas dan ketika kejadian itu, mangsa dipercayai bermain seorang diri di bilik air tanpa disedari penjaga pusat jagaan berkenaan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitenden Abdul Halim Bulat, berkata ketika kejadian, semua kanak-kanak dan penjaga yang berada di pusat jagaan terbabit sedang menonton televisyen.


"Hasil siasatan awal mendapati, penjaga di pusat jagaan itu dikatakan tidak menyedari kehilangan kanak-kanak terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



Difahamkan, selepas menyedari kehilangan kanak-kanak terbabit, penjaga berkenaan bertindak mencari dan terkejut apabila menemui kanak-kanak terbabit di bilik air.



Mereka terus membawa Xing Rou untuk mendapat rawatan di klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia. 

Sumber: Berita Harian Online

* Pesanan kepada semua: pastikan bilik mandi sentiasa tertutup dengan sempurna dan awasi sentiasa pergerakan anak-anak di rumah.. malang tidak berbau... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs