http://masmurni.blogspot.com/

Thursday, March 24, 2011

Fadhilat Rukun Solat










1) NIAT SOLAT: 
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2) BERDIRI BETUL: 

Fadhilatnya bila mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3) TAKBIR-RATUL IHRAM: 

Fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kita dalam kubur.

4) FATIHAH: 

Fadhilatnya sebagai pakaian yang indah2 di dalam kubur.

5) RUKU': 

Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6) I'TIDAL: 

Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kauthar ketika di dalam kubur.

7) SUJUD: 

Memagar kita ketika menyeberangi titian Sirotol Mustaqim.

8) DUDUK ANTARA DUA SUJUD:

Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9) DUDUK ANTARA DUA SUJUD (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita di padang masyar.


10) TAHHIYAT AKHIR: 
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan olehMungkar dan Nangkir di dalam kubur.

11) SELAWAT NABI: 

Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12) SALAM: 

Memelihara kita di dalam kubur.

13) TERTIB:

Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.

Saturday, March 19, 2011

Kek Indulgence : Try n Error



Hari yang sangat best....sebab apa????
hari ni boleh buka blogger.com dan boleh tulis entry baru.... 
seperti biasa,alasannya line tenet tak ok :(  
rasanya ramai yang mengalami masalah yang sama kan...

Nak cite sikit,semalam baru sempat buat kek nih...
dah lama teringin nak buat kek nih sendiri  tapi baru sekarang ada kelapangan...
ambil masa buat kek ni... 
prosesnya pun leceh sikit la...



Inilah hasilnya...







*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




wah ...cantik sangat nih...
tak kan cantik camni kan..hehe
sebenarnya yang kat bawah ni hasilnya:



*

*

*

*






Tak berapa kemas n nampak comot sikit....
mesti ok kalau buat latih tubi kan..
sekejap je da tinggal banyak nih..
jap lagi habis la..hehehe

Friday, March 11, 2011

11 March 2011 Tsunami Melanda Jepun

Gempa bumi terbesar yang melanda Jepun sejak 140 tahun telah melanda pantai timur laut pada hari ini, ia mencetuskan tsunami 10 meter yang memusnahkan jalan, rumah, kereta ,bangunan dan tanah pertanian.Belum dapat dipastikan berapa jumlah kerugian dan nyawa yang terkorban..



19 March 2011 - Supermoons

19
Apogee/Perigee NASA




Pada 19 Mac 2011, kedudukan bulan bulan dengan bumi akan menjadi lebih dekat berbanding biasa. Kali terakhir fenomena ini berlaku pada tahun 1992. Bulan akan lebih besar 14 peratus dan lebih terang dari biasa. Fenomena yang dikenali sebagai 'Supermoons'. Fenomena ini telah dikaitkan dengan bencana alam yang besar,seperti gempa bumi,banjir,tsunami dan gunung berapi meletup.Namun para ahli astronomi dan saintis mengatakan, kejadian tersebut tiada kaitan dengan supermoons. 


Menurut pengkajian para saintis, mungkin secara kebetulan saja, supermoons terdahulu bertepatan dengan bencana alam - gempa bumi Indonesia pada tahun 2005, banjir Australia pada tahun 1954. 


Menurut pendapat John Bellini, seorang ahli geofisika di US Geological Survey: "Banyak kajian telah dilakukan pada hal seperti ini oleh para saintis USGS dan lain-lain, mereka tidak menemukan sesuatu yang signifikan sama sekali .." Pasang surut akan menarik sedikit lebih tinggi, namun gempa bumi hampir sama sekali tidak terpengaruh dan gunung berapi tidak mungkin menunjukkan perilaku yang luar biasa.


John Vidale, seorang seismolog di University of Washington di Seattle, mengatakan "Secara praktikal, kita tidak akan pernah melihat kesan dari perigee bulan atau melihat sedikit kesannya. 


Mudah-mudahan fenomena ini tidak langsung meninggalkan kesan pada penduduk bumi..
Sama-samalah kita berdoa...Amin

Wednesday, March 9, 2011

Ghaib Kala Senja

Isu hangat


Memang minat dengan cerita-cerita misteri.Pernah terdengar cerita ini daripada teman rapat..untuk menyakinkan diri,terus saja mencari cerita ini. Begini kisahnya....

BESUT: Kejadiannya memang aneh dan mungkin ada menganggapnya tidak logik, namun hakikatnya ia benar-benar berlaku sehingga menggemparkan penduduk setempat dan turut menarik perhatian pemimpin masyarakat.
Sejak kira-kira dua bulan lalu, seorang gadis berusia 22 tahun, Siti Balqis Mohd Nor dari Kampung Gong Nangka, Apal di sini, ghaib secara misteri hampir setiap kali tiba waktu senja atau pada tengah malam sebelum dia ditemui semula di lokasi yang sukar dijelaskan kehadirannya.
Antara lokasi itu di tanah perkuburan, di atas pokok, di atas siling dalam rumahnya dan dalam kejadian terbaru kelmarin, Siti Balqis ditemui dalam mesin pembancuh simen berhampiran rumahnya.
Biarpun dikawal rapi keluarganya, gadis itu tetap ghaib apabila individu yang mengawalnya leka atau terlepas pandang beberapa detik saja.
Kejadian misteri itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali yang meminta penduduk mengawal sekitar rumah keluarga Siti Balqis setiap malam, namun usaha itu tetap gagal.
Ramlan berkata, dia simpati dengan keluarga terbabit kerana sudah banyak mengeluarkan wang untuk khidmat bomoh.
“Saya sendiri sudah membantu mencari bomoh, tapi keadaannya tetap serupa apabila gadis terbabit tiba-tiba ghaib terutama pada waktu senja dan tengah malam,” katanya.
Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, pelbagai usaha dilakukan keluarganya dan jiran untuk menghalang anak sulung daripada empat beradik itu ghaib, tetapi apabila tiba waktunya dia tetap hilang.
“Kejadian menimpa anak saya memang aneh. Sejak dua bulan lalu hampir setiap malam dia ghaib dari rumah menyebabkan kami sekeluarga terpaksa berjaga malam,” katanya.
Norizan berkata, apabila ditemui semula, Siti Balqis kebiasaannya berada di lokasi tidak jauh dari rumahnya seperti di atas siling rumah, atas pokok manggis dan terbaru dalam mesin pembancuh simen.
“Pernah sekali dia temui semula di tanah perkuburan Islam kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya sambil memaklumkan keluarganya sudah mendapatkan khidmat bomoh dari Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk mengatasi masalah itu, tetapi masih gagal.
Siti Balqis ketika ditanya mengenai kejadian aneh dialaminya berkata, dia sendiri sukar memberi penjelasan dan tidak tahu apa sebenarnya berlaku ke atasnya.
“Setiap kali kejadian berlaku saya tidak sedarkan diri. Apabila sedar, saya dapati diri saya berada di tempat lain, sama ada di atas pokok atau kawasan perkuburan.
“Saya dapat melihat orang mencari saya, tapi saya tak berupaya memanggil mereka. Ketika saya berada di kubur dalam kejadian Ramadan lalu, saya mendengar pelbagai bunyi termasuk suara orang mengaji al-Quran dan menangis,” katanya.


P/s:saja nak kongsi cerita walaupun dah ramai yg tahu..
sumber:
harian metro 

Monday, March 7, 2011

API NERAKA.

sekadar gambar hiasan..
Sekadar renungan bersama..


WARNA API NERAKA.

Imam Malik ( Rahimahullah ) telah meriwayatkan dalam sebuah hadis sahih dalam kitab " Muwatta'a"nya yg mana membolehkan kita ketahui warna api neraka iaitu Hitam...lebih hitam daripada warna minyak Tar.

Sabda Baginda SAW:

" Adakah kamu fikir warnanya (api neraka ) merah seperti api yang ada pada kamu ini? Sesungguhnya warnanya lebih hitam dari minyak tar."

Imam At-Tarmizi telah meriwayatkan dalam kitab "Jani" daripada Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW Bersabda:

" Dinyalakan api seribu tahun sehingga ia menjadi merah kemudian dinyalakan 1000 tahun jadi putih kemudian dinyalakan 1000 tahun lagi sehingga ia menjadi hitam.Maka sekarang warnanya hitam seperti malam yang gelap gelita."


BERAPA DALAMKAH NERAKA JAHANAM ITU?

Jahanam iaitu nama bagi satu daripada tingkatan2 neraka.

Kita perturunkan disini hadis Rasulullah SAW:

" Kalau sebutir batu besar dicampakkan dalam birai neraka,maka tenggelam ia dalam neraka selama 70 tahun,tidak juga ia akan sampai ke dasarnya."

Dalam sahih Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra katanya:

" Sedang kami duduk bersama2 Rasulullah SAW tiba-tiba terdengar suatu bunyi seperti bunyi batu yang jatuh.Rasulullah SAW bersabda: " Allah dan Rasul-Nya lah yang lebih mengetahui." ...Ujar Baginda:" Itulah bunyi sebuah batu yg dicampakkan kedalam neraka sejak 70 musim terus menjunam ke dalam dan baharu sekarang sampai ke dasarnya."

Saidina Umar Al-Khattab pernah menyebut dalam kutbahnya:

" Perbanyakkanlah kamu mengingati neraka kerana panasnya amat bersangatan,dasarnya amat dalam dan penokol-penokolnya daripada besi."

DARJAH KEHANGATAN (SUHU) DINERAKA.

Suhu neraka Jahanam menghancur luluhkan tiap2 yang dicampakkan kedalamnya dan kemarakkannya sentiasa bertambah dengan berterusan sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk ayat 97-99:

" Tempat kediaman mereka adalah neraka Jahanam.Tiap2 kali nyalaan api jahanam itu malap,kami tambah lagi bagi mereka akan kemarakkannya.Itulah balasan bagi mereka kerana sesungguhnya mereka kafir kepada ayat2 Kami dan kerana mereka berkata:" Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda2 yang hancur,kami benar2 akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk baru?", Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawasanya Allah yg menciptakan langit dan bumi adalah berkuasa pula menciptakan yg serupa dengan mereka dan telah menetapkan waktu yg tertentu bagi mereka,yang tidak ada keraguan padanya?".

Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan Muslim dan Bukhari....Rasulullah Bersabda:

" Api kamu ini yg dinyalakan oleh anak Adam (di dunia ini) adalah merupakan sebahagian daripada 70 bahagian (1/70) dari darjah kepanasan api neraka. Ujar para sahabat: Sekiranya ia benar2 memadai.Ya Rasulullah; maka sesungguhnya ia ditambah lagi 69 bahagian semuanya 

sama dengan kepanasannya."




"Ya Allah, tidaklah aku layak untuk syurgamu, namun aku tak berdaya menahan panas nerakamu, maka ampunilah segala dosa-dosaku...Aamiin.

Thursday, March 3, 2011

Siapa Yang Ke 55,555????





Entry ringkas jer ni...
sedang mencari pelawat ke 55,555.
Sesape yang dapat jadi pelawat ke 55,555 
sila print screen sebagai bukti ye..
itu saja...hehe

Tuesday, March 1, 2011

Andai Aku Mencintai Kamu...


Dah lama tak update blog.. 
Sila layan je laaa... ni versi cinta terluka la kot...
 jiwang-jiwang kan...
 hanya yang melalui saja tahu bagaimana perasaannya..



 


1] Andai aku mencintai kamu, aku tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa aku mencintai kamu. Yang aku tahu di hati dan mataku hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, aku tidak peduli! Bagiku yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impianku.

3] Andai aku mencintai kamu, aku selalu menerima kamu seadanya, di hati dan mataku kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu berasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Andai aku mencintai kamu, aku selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini...dari A to Z.

5] Andai aku mencintai kamu, aku akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS ku, kerana dengan kiriman SMS itulah aku menyatakan cintaku, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangku ke majlis yang kamu adakan, 

setidak-tidaknya aku akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS sebagai tanda ingatan padamu.

7]Andai aku mencintai kamu aku akan selalu mengingat setiap kejadian yang aku lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu merupakan saat yang paling berharga untukku.Dan saat itu, mataku pasti berkaca... kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Andai aku mencintai kamu, aku akan selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin 

kata-kata yang kamu sendiri lupa yang kamu pernah ungkapkannya. Aku menyematkan kata-kata mu dihatiku, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padaku, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau sudah lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9]Andai aku mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana aku ingin tahu apa kegemaran kamu,kesukaan kamu kesukaanku jua, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya aku berjaya.

10] Kalau kali terakhir akumenelefon kamu sedang selesema, atau batuk-batuk, aku akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu kerana aku bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, aku akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba aku akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.






12] Andai aku mencintai kamu akan memberikan suatu barang milikku yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi bagiku barang itu sangat istimewa.


13] Andai aku mencintai kamu,aku akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu aku merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan duniaku.

14] Andai aku mencintai kamu, aku selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-hariku hanya dengan kamu..(mungkinkah???)

15] Jika suatu ketika kamu harus pindah ke daerah lain, aku akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Jauh di dasar hatiku,aku benar-benar takut kehilangan kamu, kamu pernah dengar tak ungkapan

 ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Andai aku mencintai kamu,aku bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Andai aku mencintai kamu,aku sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu aku sedang memikirkan kamu.

18] Andai aku mencintai kamu, kadang-kadang aku merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu aku akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintaku untuk mengajarimu sesuatu aku akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan aku begitu gembira kerana dapat membantu kamu...aku tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu.

20].Andai kamu melihat handphone aku  maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX ku. Aku masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Aku juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi 
benda-benda berharga buatku.

21] Jika kamu cuba menjauhkan diri daripadaku atau memberi reaksi menolakku, aku akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatiku.

22] Jika suatu saat kamu merinduiku dan ingin memberiku kesempatan, aku akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya aku tak pernah mencari orang lain. Aku sentiasa menunggu kamu.

23] Andai aku begitu mencintaimu, aku tidak pernah memaksa kamu memberi sebab dan alasan, walaupun hatiku meronta ingin mengetahui, kerana aku tidak mahu kamu terbeban dengan karenahku. saat kau pinta aku berlalu,aku pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana aku benar-benar mengerti apa itu cinta padamu.....





Moralnya, Cinta yang sebenar-benarnya hanya kepada Allah, silapnya kita sering bersandarkan cinta lebih pada manusia dan mengurangkan rasa cinta kepada Allah... akibatnya... 
sila fikir sendiri ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs