http://masmurni.blogspot.com/

Monday, January 31, 2011

Gambar Banjir Segamat 2011





Imej dari Satelit jam 2pm bg Negeri Johor dan semenanjung
Imej satelit jam 2pm td bagi kawasan Asia Tenggara

























sumber gambar: 
Belia Felda Pemanis

Joyce Low Xue Wen's Photos 

Perkembangan Banjir Di Segamat 2011

Perasaan bimbang mula terasa... sana sini bertambah rancak bercerita perihal banjir di kampung tercinta...Kesian dengan nasib kawan-kawan yang sedang berjuang dengan banjir.. ketika menulis ini, ada kawan-kawan yang berada di bumbung atau di siling rumah kerana keadaan air naik ke paras yang sangat membimbangkan... bot bantuan tidak boleh sampai ke rumah mereka kerana arus terlalu deras.... hujan pula tidak berhenti-henti sejak beberapa hari yang lalu... mohon doa semua,semoga mereka selamat...


Bandar Segamat kini boleh dianggap lumpuh... jalan utama telah dinaiki air,bekalan elektrik juga sudah terputus... bagi sesape yang nak balik segamat:



segamat - labis, segamat - tangkak,  segamat - gemas ------- >.terputus
last choice ke segamat thru highway sgmt - kuantan



Petikan ini diambil dari status fb seorang kawan:


Makluman Terkini - Sebahagian Bandar Segamat sudah gelap gelita (tiada elektrik)... DITUTUP - Jalan Ke Muar, Jalan ke Kg Tengah, Jalan Utama ke Johor Bahru (Jambatan Pertama), Jalan Ke Kg Abdullah (Jambatan Kedua), dan Jambatan ketiga, Jalan Ke Bukit Siput dari Pagar Keretapi, Jalan ke Paya Pulai...




 banjir di Segamat

Imej dari Satellite terkini : Jam 8am 31 Januari 2011 (menunjukkan Johor masih diselubungi awan berkepadatan hujan yg tinggi) 







imej untuk asia tenggara

Wednesday, January 26, 2011

DS SAMY VELLU who will be always remembered



DS Samy Vellu finally and officially resigned from his post of the longest
MIC President ever live, after leading the party for almost 31 years. The
Malaysian Insiders has its story, here  . Frankly, I will miss him very
much especially for all his funny quotes he made all these years. Like
what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional Conference, “We
will miss DS Samy Vellu because he add a lot of color … sometimes a bit
too much color”. Therefore, as a token of appreciation, I just wanna share
his famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu.

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy said in one of his “ceramah”:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one
pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy
gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya
punyer bapah punya kah!”

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka
kain"

And of course the world's greatest joke of all times:

"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded, "Tapi
Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade
masalah. Kita hantar waktu malam"

TIGA CAHAYA DI HARI KIAMAT




sekadar gambar hiasan


Di hari kiamat ada tiga jenis cahaya yang berlainan...


Cahaya seperti Bintang-bintang: 
Wajah manusia yang ketika di dunia mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan berwuduk ketika terdengar azan.



Cahaya seperti Cahaya Bulan: 

Cahaya wajah mereka yg berwuduk sebelum azan.



Cahaya seperti Cahaya Matahari: 

Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.





Tuesday, January 25, 2011

9 MIMPI RASULULLAH S.A.W.



gambar hiasan semata-mata




Nabi Muhammad saw bersabda: "sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diisraqkan...



1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.



2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA,



3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah S.W.T.



4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.



5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. memberi minum hingga ia rasa puas.



6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia akan usir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulan seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menerang.



8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.



9. Aku melihat umatku sedang menapis-napis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAH YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



Bersabda Rasulullah s.a.w. , ertinya :
" SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT "

Sunday, January 23, 2011

Mission Impossible IV: Tom Cruise di puncak Burj Khalifa

Dia memang terkenal kerana melakukan aksi beraninya sendiri, tidak kira bagaimana bahaya aksi itu.
Tetapi hero filem aksi, Tom Cruise menjangkau tahap baru apabila melakonkan satu babak untuk filem terbarunya, Mission Impossible IV di Dubai minggu lalu.
Seorang lelaki kelihatan begitu jelas di puncak Burj Khalifa yang setinggi 829 meter dan menjadi bangunan tertinggi di dunia setakat ini, Berdasarkan kepada tingkah laku lelaki itu, ia sudah pasti Cruise.

Melakonkan watak Ethan Hunt dalam filem superspy itu, Cruise beberapa hari sebelum itu dilihat memanjat mengelilingi tingkap di bawah Dek Tinjau bangunan berkenaan dalam babak dia dikejar penjahat.Pada sidang akhbar beberapa hari sebelum itu, Crusie memberitahu hadirin bahawa dia akan 'menghabiskan masa beberapa hari di sekitar bangunan itu.'

"Tetapi saya tidak boleh memberi butir lanjut mengenainya. Yang pasti, saya akan berada di puncak Burj Khalifa itu," katanya.

Jurucakap pelakon berkenaan berkata: "Cruise sudah agak lama melakukan persiapan untuk beraksi sendiri dalam babak bahaya itu. Dia percaya jika dia sendiri yang melakukannya, penonton akan lebih percaya pada karektornya."

Dalam pada itu, Cruise menghidupkan semula kehebatannya dalam filem Days of Thunder Glory ketika keluar waktu malam.

Pelakon itu membawa 75 kru dan rakan pelakon dalam Mission Impposible, termasuk aktor Britain, Simon Pegg dan Jeremy Rennet untuk keluar bermain go-kart di Dubai Kartdrome.

Dan dia juga menggunakan nama karektornya dalam filem lumba kereta yang diterbitkan pada 1990.

Satu sumber berkata: "Cruise menggunakan nama Cole Trickle, karektornya dalam Days of Thunder ketika keluar untuk bergembira dengan kru dan rakan-rakannya di Dubai."

Pelakon kumpulan itu dengan burger dan kentang goreng.

Sementara itu, isteri Cruise, Katie Holmes yang berada di Amerika Syarikat bersama anak mereka, Suri, sibuk dengan penggambaran filem baru, Jack and Jill bersama Adam Sandler.

Cerita itu mengisahkan Jack yang dipaksa berurusan dengan adik kembarnya, Jill, ketika dia datang untuk satu majlis perayaan yang kemudiannya enggan pulang.

Katie memainkan watak isteri Jack dalam filem itu yang turut dibintangi oleh Al Pacino dan Christie Brinkley.

Selain itu, Katie turut sibuk dengan penggambaran filem televisyen bersama Greg Kinnear mengenai bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy serta isterinya, Jackie. - Sumber Harian Metro

TENANG...Cruise tanpa kasut, melakonkan babak berani mati.

Burj Khalifa; World's Tallest Skyscraper

  • Also known as Burj Dubai (Arabic for Dubai Tower)
  • Height: 828 meters (2,717 feet)
  • Costs: USD1.5 Billion
  • Highest Mosque: 158th floor
  • Highest Swimming Pool: 76th floor
  • Opening: 4th January 2011



BURJ KHALIFA....bangunan tertinggi di dunia.



Emirates Dubai World Tallest Building

Saturday, January 22, 2011

The World - Dubai ditelan laut?

DUBAI: Deretan pulau buatan manusia yang membentuk corak seperti peta dunia - dikenali sebagai projek mewah The World - kini dilaporkan berdepan dengan ancaman kemusnahan.
Berdasarkan keterangan saksi di sebuah tribunal hartanah, pulau buatan manusia terletak empat kilometer di luar pantai Dubai itu dikatakan mula tenggelam ke dalam laut.

PROJEK BERMASALAH ...kedudukan The World dilihat dari udara.


Pulau itu dibangunkan untuk menempatkan villa mewah dan kompleks hotel khusus untuk golongan jutawan.
Ia hanya boleh dimasuki menggunakan perahu layar atau bot.

Peguam Britain yang mewakili syarikat Penguin Marine, Richard Wilmot-Smith, berkata pasir yang dijadikan pulau itu semakin terhakis, manakala terusan di antaranya semakin berkeladak.

“Pulau itu mendap perlahan-lahan akibat hakisan,” katanya di depan hakim.Penguin Marine mengemukakan saman ke atas konglomerat milik kerajaan Dubai, Nakheel, terpaksa diselamatkan akibat bebanan hutang melampau - dianggarkan bernilai RM76.5 bilion pada akhir 2009.

Ekoran penstrukturan semula syarikat itu, sebuah tribunal ditubuhkan bagi mengendalikan sebarang kes berkaitan dengannya.
Sebelum masalah kewangan muncul, hanya satu daripada pulau buatan manusia itu belum lagi dibangunkan dengan sebarang projek.

The World Dubai

Bagaimanapun, ketika ini kebanyakan projek pembangunan terbengkalai akibat krisis kewangan.

Kebanyakan pelabur yang membeli pulau itu akhirnya enggan atau tidak mampu meneruskan pembangunan apabila harga hartanah Dubai menjunam ekoran masalah berkenaan.

Seorang daripada pemiliknya, John O’Dolan, membunuh diri kerana kerugian, manakala seorang lagi dipenjara tujuh tahun kerana mengeluarkan cek tendang. - Dipetik daripada Harian Metro

The World - Dubai (header)

The World - Dubai - Wide AerialThe World - Dubai - AerialThe World - Dubai - AerialThe World - Dubai - DredgingThe World - Dubai - Dredging Ship Aerial

Top 10 Hero Era 80'an

Kepada semua yang lahir tahun-tahun 70an-80an, meh kita mengimbau kenangan silam bersama hero-hero pujaan masa tu.

Yang pertama: Hayata becomes ULTRAMAN! 
(jerit kuat-kuat sambil pegang "beta capsule"). Ini Ultraman yang first sekali.








Yang Kedua: Thunder, Thunder, THUNDERCATS. 
Kereta dia memang gempak. Pedang Lion-O juge




Yang Ketiga: Space Cop GABAN



Yang ke-4: Suria Baja Hitam (Kamen Rider Black)
Rasanya ini Kamen Rider yang pertama....
Henshin!!!




Yang Ke-5: VOLTRON
5 ekor singa bergabung jadi robot
VT1.jpg



Yang ke-6: SABER RIDER & THE STAR SHERIFFS
Suka kuda besinya




Yang ke-7: M.A.S.K
GI Joe+Mission Impossible+Transformers= M.A.S.K
Kereta merah 'Thunderhawk' kepunyaan Matt Trekker boleh convert jadi Jet..
M.A.S.K. - Animated Volume 1


Yang ke-8: G.I JOE
Yoo Joe!

Yang ke-9: The Transformers,
More than meets the eye....
Otobots...transform; cekcotcetcokcet
I liked the one with the guy.

Yang ke-10: HE-MAN and the Masters of the Universe



Ini carta Top-10 saya. 
Di bawah ialah listings semua kartun 80an.
(Yang background oren pun saya suka)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs