http://masmurni.blogspot.com/

Thursday, May 12, 2011

Kembar Siam- Bayi Satu Badan Dua Kepala

Sangat kasihan ... bayi ini memiliki satu badan dan dua kepala.Perasaan keibuan ini tersentuh sebenarnya.Setiap pasangan suami isteri pasti ingin mempunyai bayi yang sihat dan sempurna.Namun,perancangan Allah mengatasi segala-galanya.Allah lebih tahu hikmah di sebalik kejadian ini ... kejadian ini berlaku di Beijing.


Seorang wanita melahirkan bayi perempuan yang berkepala dua di wilayah Sichuan,lapor media semalam. Bayi terbabit yang berkongsi tubuh, mempunyai dua tangan dan dua kaki, dilahirkan secara pembedahan caesarean minggu lalu.
Menurut media, bayi terbabit dipercayai mengalami dicephalic parapagus - sejenis kembar siam yang sangat jarang berlaku.Menurut pakar, disebabkan bayi terbabit berkongsi tubuh, adalah mustahil untuk doktor memisahkan mereka.Kakitangan Hospital Pusat Suining berkata, bayi itu dilahirkan Khamis minggu lalu.“Pada awalnya, ibu bapa bayi itu enggan menerimanya kerana bimbang tidak mampu membesarkan anak mereka dengan baik kerana menyara hidup sebagai petani,” katanya. 
Jurucakap itu berkata, kembar terbabit kemudian dipindahkan ke sebuah hospital berhampiran Chong- qing untuk diperiksa pakar. Menurut akhbar Huaxi Metropolis Daily, kembar itu seberat 4 kilogram dan tinggi 51 sentimeter.Walaupun berkongsi tubuh, kembar itu memiliki dua tulang belakang dan saluran makanan bersaingan.
Pakar perubatan berkata, kembar dicephalic parapagus berlaku apabila sel telur gagal berpisah sepenuhnya dan amat jarang berlaku.Walaupun kebanyakan kes dicephalic parapagus dilaporkan di Asia dan Afrika, kelahiran sebegitu pernah berlaku di Barat. Antaranya, pada Julai 2009, Lisa Chamberlain, dari Portsmouth, melahirkan pasangan kembar Joshua and Jayden yang berkongsi tubuh. Bagaimanapun, Jayden hanya sempat hidup 32 minit selepas dilahirkan. - Agensi













Kembar siam,Bayi mempunyai satu badan dua kepala



Sumber: myMetro

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers