http://masmurni.blogspot.com/

Monday, March 7, 2011

API NERAKA.

sekadar gambar hiasan..
Sekadar renungan bersama..


WARNA API NERAKA.

Imam Malik ( Rahimahullah ) telah meriwayatkan dalam sebuah hadis sahih dalam kitab " Muwatta'a"nya yg mana membolehkan kita ketahui warna api neraka iaitu Hitam...lebih hitam daripada warna minyak Tar.

Sabda Baginda SAW:

" Adakah kamu fikir warnanya (api neraka ) merah seperti api yang ada pada kamu ini? Sesungguhnya warnanya lebih hitam dari minyak tar."

Imam At-Tarmizi telah meriwayatkan dalam kitab "Jani" daripada Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW Bersabda:

" Dinyalakan api seribu tahun sehingga ia menjadi merah kemudian dinyalakan 1000 tahun jadi putih kemudian dinyalakan 1000 tahun lagi sehingga ia menjadi hitam.Maka sekarang warnanya hitam seperti malam yang gelap gelita."


BERAPA DALAMKAH NERAKA JAHANAM ITU?

Jahanam iaitu nama bagi satu daripada tingkatan2 neraka.

Kita perturunkan disini hadis Rasulullah SAW:

" Kalau sebutir batu besar dicampakkan dalam birai neraka,maka tenggelam ia dalam neraka selama 70 tahun,tidak juga ia akan sampai ke dasarnya."

Dalam sahih Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra katanya:

" Sedang kami duduk bersama2 Rasulullah SAW tiba-tiba terdengar suatu bunyi seperti bunyi batu yang jatuh.Rasulullah SAW bersabda: " Allah dan Rasul-Nya lah yang lebih mengetahui." ...Ujar Baginda:" Itulah bunyi sebuah batu yg dicampakkan kedalam neraka sejak 70 musim terus menjunam ke dalam dan baharu sekarang sampai ke dasarnya."

Saidina Umar Al-Khattab pernah menyebut dalam kutbahnya:

" Perbanyakkanlah kamu mengingati neraka kerana panasnya amat bersangatan,dasarnya amat dalam dan penokol-penokolnya daripada besi."

DARJAH KEHANGATAN (SUHU) DINERAKA.

Suhu neraka Jahanam menghancur luluhkan tiap2 yang dicampakkan kedalamnya dan kemarakkannya sentiasa bertambah dengan berterusan sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk ayat 97-99:

" Tempat kediaman mereka adalah neraka Jahanam.Tiap2 kali nyalaan api jahanam itu malap,kami tambah lagi bagi mereka akan kemarakkannya.Itulah balasan bagi mereka kerana sesungguhnya mereka kafir kepada ayat2 Kami dan kerana mereka berkata:" Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda2 yang hancur,kami benar2 akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk baru?", Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawasanya Allah yg menciptakan langit dan bumi adalah berkuasa pula menciptakan yg serupa dengan mereka dan telah menetapkan waktu yg tertentu bagi mereka,yang tidak ada keraguan padanya?".

Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan Muslim dan Bukhari....Rasulullah Bersabda:

" Api kamu ini yg dinyalakan oleh anak Adam (di dunia ini) adalah merupakan sebahagian daripada 70 bahagian (1/70) dari darjah kepanasan api neraka. Ujar para sahabat: Sekiranya ia benar2 memadai.Ya Rasulullah; maka sesungguhnya ia ditambah lagi 69 bahagian semuanya 

sama dengan kepanasannya."




"Ya Allah, tidaklah aku layak untuk syurgamu, namun aku tak berdaya menahan panas nerakamu, maka ampunilah segala dosa-dosaku...Aamiin.

3 comments:

.: iEyLa :. said...

amin...
moge kite djauhkan dr azab api neraka...

AngahSayang2314 said...

mudah3an kita di jauhkan...

masmurni said...

Amin ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs