http://masmurni.blogspot.com/

Tuesday, February 1, 2011

Perkembangan Banjir Di Segamat 01 Februari 2011


Alhamdulilah.kalau dilihat melalui gambar satelit jam 5 pagi tadi,keadaan lebih baik berbanding semalam.


keadaan landasan keretapi yang rosak

Beberapa perkhidmatan tren ke selatan dan timur Semenanjung dibatalkan sejak semalam akibat banjir dan tanah runtuh antara Bahau dan Tampin di Negeri Sembilan hingga ke Kluang, Johor.KTM Berhad dalam satu kenyataan semalam berkata, perkhidmatan terbabit ialah Ekspres Rakyat KL Sentral-Singapura/Singapura-KL Sentral, dan Ekspres Sinaran Timur dan Kuala Lipis-Singapura/Singapura-Kuala Lipis. 


Bagi perkhidmatan Gemas-Singapura, penumpang akan dibawa dengan bas dari Gemas ke Kluang sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura, manakala bagi perkhidmatan dari Singapura ke Gemas, perkhidmatan akan berhenti di Kluang sebelum penumpang dibawa dengan bas ke Gemas. Penumpang Ekspres Senandung Wau dari KL Sentral ke Tumpat akan menaiki bas dari KL Sentral ke Mentakab sebelum menaiki tren ke Tumpat, manakala laluan Tumpat ke KL Sentral pula, penumpang akan menaiki tren dari Tumpat ke Mentakab sebelum meneruskan perjalanan ke KL Sentral menaiki bas. Penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh membuat pertukaran tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan tiket di kaunter KTM yang berhampiran, kata kenyataan itu. – BERNAMA








Ramalan Cuaca Untuk 7 hari Untuk Negeri Johor

Selasa, 01/02/2011 

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Sepanjang Hari
 Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
 Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala    sederhana
 Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
 
Rabu, 02/02/2011 

Ribut petir di beberapa tempat
Petang
 Pagi : Hujan di satu dua tempat
 Petang : Ribut petir di beberapa tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 
Khamis, 03/02/2011 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 
Jumaat, 04/02/2011 

Hujan curah di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan curah di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 
Sabtu, 05/02/2011 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 
Ahad, 06/02/2011 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 
Isnin, 07/02/2011 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang




Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs