http://masmurni.blogspot.com/

Wednesday, January 19, 2011

Salahkah Besarkan Payu Dara?

Rancangan Wanita Hari Ini TV3 semalam menerima kecaman dari penonton kerana isu yang diutarakan.Rasanya isu-isu seperti itu tidak sesuai dibincangkan dengan cara terbuka. Banyak lagi isu-isu lain yang boleh diketengahkan sebenarnya. 


Apakah tujuan topik ini dibincangkan???



Isu Payu Dara Undang Kritikan
KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.
Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan.
Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.
Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.
Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam.

Sumber: KOSMO

2 comments:

Hairun Azmi said...

Janganlah mempermainkan hukum agama...

BlackBerry halang laman web lucah di Indonesia

hentian said...

program tv banyaknya prgram untuk orang kaya. orang kampung yang menonton boleh tengok aje la macam tengok menara berkembar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers