http://masmurni.blogspot.com/

Saturday, January 15, 2011

Mengapa Dihempas Bayi Itu??? :'(

Terbaca satu berita dalam Harian Metro Online, kisah seorang bayi berusia 18 bulan yang dihempas hingga menyebabkan patah tulang peha.Kesian dengan nasib bayi dan ibu yang dipukul dengan tali pinggang.


Dalam keadaan marah macam-macam benda boleh berlaku sebenarnya, sama ada sengaja atau pun tidak disengajakan perkara itu tetap telah berlaku.Kisah ini iktibar untuk mereka yang ada sikap panas baran...


gambar bayi sekadar hiasan


Bapa hempas bayi


IPOH: Akibat sikap panas baran melampau, seorang lelaki bukan saja memukul isterinya dengan tali pinggang ketika bertengkar dengan wanita itu tapi turut menghempas anaknya berusia 18 bulan ke atas tilam nipis hingga bayi itu patah tulang paha kanan.


Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi di sini pada 7 Januari lalu, namun lelaki berusia 54 tahun itu ditahan polis kira-kira 4 pagi semalam selepas dia menyerah diri di Balai Polis Jelapang. 


Akibat kecederaan itu, bayi lelaki berkenaan terpaksa menerima rawatan selama seminggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia 38 tahun di rumah selepas pulang daripada berniaga.




“Siasatan awal kami mendapati, ketika pertengkaran itu, suspek dikatakan menghempas bayinya ke atas tilam hingga menyebabkan mangsa parah dan dirawat di HRPB.

“Selain itu, suspek juga dikatakan turut memukul isterinya dengan menggunakan tali pinggang hingga cedera selain mengugut wanita itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dzuraidi berkata, suspek yang bekerja sendiri kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

“Suspek kini disiasat atas tiga kesalahan termasuk Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah kepada anaknya serta Seksyen 323 dan 506 mengikut seksyen sama iaitu kerana mencederakan dan mengugut isterinya,” katanya.

Katanya, pihak hospital memaklumkan anak pasangan itu dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan pulang semalam.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas daripada isteri lelaki itu gagal kerana dia enggan memberi kerjasama disebabkan masih kusut dengan masalah yang menimpa keluarganya.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati bayi itu hanya mampu terlantar atas katil di rumahnya dengan keadaan paha kanan berbalut simen.

Malah, anak bongsu yang juga zuriat ketujuh pasangan suami isteri itu kerap menangis disebabkan kecederaan yang dialami.- Harian Metro

7 comments:

lynda said...

alaaa..sedeyhnya !baby tuh xbersalah pon !:(

masmurni said...

kan lynda...baby tu tak bersalah...

Hairun Azmi said...

Kejam....

Ana Raffali ikon Jabatan Muzium

ehda said...

alahai...ciannye baby 2. lau nk baran pn wt la bnda lain.

umiawadah said...

dah hilang akal lah tu.!!

URY said...

Kesianyeee...
Kepada yg kawn betahun-tahun, mcm usaha dibuat nak dptkan baby... yg dh dapat ni senang2 plak dihempas...

Unknown said...

hm..penat baca akhar sekarang...sakit jantung,ati pangkal paru2...sume ade..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers