http://masmurni.blogspot.com/

Saturday, January 8, 2011

Review: Season of The Witch:Nicholas Cage


Ini komen peribadi sahaja. Memang mengecewakan; lagi teruk daripada 'Sorcerer's Apprentice:Nicholas Cage' sebelum ini yang boleh diberi 2 bintang.



Hero mati...diulangi..HERO MATI dalam cerita ni; jadi jangan pula ada yang nak bakar panggung wayang ok. Dah bagi Amaran keras dah ni.

Berapa bintang? 1 je, markah kasihan. itupun sebab reputasi baik daripada filem-filem Nicholas Cage sebelum ini seperti; yang paling best - Face-Off (1997), kemudiannya, Con-Air (1997), The Rock (1996) dan Gone in 60 seconds (2000).

Rasanya mamat ni memang kena berlakon filem aksi dan mendebarkan. Kalau filem macam horror dan fiction memang tak berapa nak menjadi. Face-Off adalah yang terbaik kerana dia boleh melakonkan 2 watak, jahat dan baik sekaligus dengan berjaya sekali. Aksi terbaik ketika melompat daripada atas kereta sambil kedua-dua tangan menembak ke arah John Travolta menggunakan Gold Pistols kegemarannya.





Sinopsis:
Behmen, orang kuat (knight) dalam beberapa siri peperangan Salib, telah sakit hati dengan pihak gereja sebab sewenang-wenang bunuh wanita & kanak-kanak ketika perang. Jadi, Dia menjadi pelarian dengan seorang lagi kawan baiknya, Felson.


Sampailah mereka di satu bandar yang terkena wabak kudis buta; yang berpunca daripada seorang paderi yang bunuh 3 orang ahli sihir perempuan tanpa mengikut peraturan yang termaktub dalam satu buku lama 'Solomon'. Ramai orang mati setiap hari. Entah bagaimana mereka berdua telah ditangkap pihak gereja.


Untuk mengubati wabak tersebut, mereka ditugaskan oleh gereja untuk membawa seorang remaja perempuan yang dirasuk jin daripada ahli sihir bertiga tadi ke Gereja pusat entah di atas satu bukit. Sebabnya, salinan terakhir buku 'Solomon' ada di sana. Dalam buku itu ada termaktub teori dan praktikal untuk membunuh jin yang menyebabkan wabak sebelum ini. Perjalanan mereka memang sangat 'adventure' dan 'Camel Trophy'. Ini sahaja part yang best dalam cerita ini.

Sesampai mereka di tempat tujuan, didapati semua sudah mati akibat wabak. Jin dalam tubuh budak perempuan tu telah ' autobot transforms' kepada penjelmaan kedua iaitu Gargoyle. Ada sedikit rupa macam 'Fliza' dalam Anime Dragonball. Rupanya Jin tu ikut ke sana dengan tujuan hendak memusnahkan salinan terakhir buku 'Solomon'. Yang menghairankan, kenapa tak terbang sendiri ke sana awal-awal lagi...kan lagi senang. Kalau tak tau jalan pakai la GPS. Mungkin juga dia MALAS; nak jadi macam boss, ada drebar sendiri.


Akhirnya, Gargoyle yang malas tadi menerima balasan setimpal dan selamat di 'vanquished'. Gargoyle hilang, wabak hilang, Behmen (Nicholas Cage) hilang dan penonton pun hilang, rasanya 90% hilang dengan perasaan kecewa.


P/S: 18PL, dalam 90% unsur keagamaan; 18SG, dalam 50% aksi ganas

11 comments:

Nurdiyana Yaccob said...

DeQdEq pun x suka citer ni...mcm apa jer...dah la part mula2 tu dah mcm menjatuhkan martabat Islam di mata DeQdEq yg mana tentera Kristian menyerang tentera Islam....pada DeQdeq mmg nmpak mcm tentera Islam....jadi kat situ DeQdEq dah jadi hlg minat...

tp mmg keseluruhan cerita tak best pun...

hentian said...

kalau abah IM tonton filem ni mesti dia kata;

' ape ke he nyer... hero mati. mana seronok! '

filem-filem dulu kan selalunya happy ending!

ghost said...

tak kisah lah hero mati ker idak yang penting sy peminat nicholas cage..hihi

Unknown said...

salam, tq krn beri info ttg filem tu, tak jadi le saya nak tengok...dari iklan nmpk mcm best je...

Anonymous said...

best citer ni

nuriz said...

kalau hero mati tak mo la tengok huhu

lagi satu kalau duk kaitkan dgn hina Islam lagi la tak mau tgk

masmurni said...

Deqdeq: nasib baik tiket free kan!

IM & Nuriz: peminat citer Hindustan...hero mana boleh mati.

Biskut: Samala kita minat Nicholas Cage. Tgh tggu Sorcerer's apprentice 2 kalau ada.

Abhamz: Kalau nak tonton wyg, rasanya yg ok - Hantu kak limah balik umah. Dengarnya The Tourist- Johnny Depp pon mcm tak seronok. Semua citer bajet rendah. Tgh tggu Alien serang Bumi Sebulan dua lagi.

Mr.Swift: Jom kite main polo

Mel: Lagu 'Lena di ulit Intan' kegemaranku

Eddy Ahmad said...

x sabar nk tgk cte ni hehee... jom mama tgk ngn umar nk ahahaa.. :P

Tiara said...

yaya jadik followers ke-1000.
yeah!! congrats akak!!

AIMAN said...

baru nak pi tengok, tapi skrg x jadi la

Johari Hamzah said...

huhu.. sampai camtu sekali??? 1 je? hehe.. nasib baik tak gi tengok.. :)

joe tunggu green hornet nie.. mintak2 la dpt ticket dri nuffnanf.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers