http://masmurni.blogspot.com/

Tuesday, November 30, 2010

Pengawal keselamatan tumbuk wanita hamil


MUAR - Seorang pengawal Keselamatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini, ditahan dan dihantar ke wad psikiatri selepas didakwa memukul seorang wanita hamil yang juga pesakit hospital terbabit, kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi kelmarin, pengawal keselamatan yang dipercayai mempunyai masalah mental itu dikatakan berbual dengan wanita hamil terbabit yang berkerusi roda untuk ke wad bersalin. 

Bagaimanapun, insiden itu berlaku semasa suami mangsa meninggalkan seketika mangsa bersama pengawal keselamatan itu ke tempat letak kereta untuk mengambil barang. 

Suspek mengambil peluang itu untuk menghantar mangsa ke wad bersalin dengan menaiki lif. 

Tanpa diduga ketika berada di dalam lif, suspek dikatakan menumbuk mangsa dan mangsa mengadu kepada jururawat sejurus tiba di wad bersalin. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan mengesahkan menerima laporan berhubung insiden itu. 

Manakala, Pengarah HPSF, Dr Ahmad Pauzi Abu berkata, pengawal keselamatan terbabit dihantar ke wad psikiatri untuk pemerhatian selepas mendakwa melihat syaitan berdekatan dengan mangsa. 

Menurutnya, siasatan awal menunjukkan lelaki itu menderita masalah mental dan bernasib baik mangsa tidak cedera.

“Mangsa selamat melahirkan anak beberapa jam selepas itu,” katanya.


Sumber:Sinar Harian

13 comments:

Encik MamaT said...

bahaya tol... huhu

alinac lover said...

haish.mmg mental

sub bik xde perkara buruk berlaku

RiSha4ever said...

mcm mana org mcm ni pun blh 'terlepas' jadi pengawal... adoiii

amad sarpix said...

dtg melawat.. x leh balas kt shout mix.. x taw nape.. komen la kn.. hospital pon salah sbb x check status pengaawl 2.. bahaya tol

saiazuan said...

ish2..

nurul said...

lorhh...gila rupanya..

follow me

cik lola said...

gila la....mmg gila..sakit mental ni treatment yg sngat2 mhl sb ubat2 yg die gune pon mahal..pas 2 x blh stop ambik ubat smpai la org 2 mati..so pkr2 kan la kos nye sblom dicide jd gila :)

Encik Luncai said...

tak pasal-pasal kena tumbuk..

salam ziarah..

Solihin Zubir said...

ishh.. takut ngat aih...

KiD said...

gilo tol...

padin said...

la ape kes nak gi tumbuk orang lain plak nih, adehh pelik betul..

Miecyber said...

Macam mana orang gila boleh jadi pegawai keselamatan....

nora said...

mental tul,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs