http://masmurni.blogspot.com/

Saturday, July 23, 2011

Lupa:Adakah Satu Penyakit???

Adakah lupa perkara biasa??? atau penyakit??? Ada bezanya terlupa dengan pelupa..terlupa adalah secara tak sengaja.Manakala pelupa pula penyakit..Setuju tak??


Penyakit Lupa dan Penyebabnya:

Antara penyebabnya adalah: - 

1)Makan kepala ikan 

2)Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan. 

3)Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah. 

4)Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang). 

5)Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai     makan. 

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. 

Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. 

Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil 'dopamin'akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya. 



Rahsia Menguatkan Daya Ingatan


Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: - 

i)Buah anggur hitam 
ii)Madu lebah 
iii)Halia 
iv)Buah badam 
v)Susu 
vi)Air zam zam 
vii)Kismis 
viii)Jus karot & madu 
xi)Epal 
xii)Kurma 
xiii)Ikan tuna 
oi)Tempe 
o)Air soya 

 
susu dan badam antara makanan yang baik untuk meningkatkan fungsi ingatan



Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia. 

Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan 
yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama 
sewaktu keletihan. 

Keterangan-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara 
meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat 
Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak 
sesaat pun kita lupa kepada-NYA. 

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan 
minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: - 

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu. 
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.


Semoga perkongsian ilmiah ini memberi manfaat kepada kita k....


sekian ....

2 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

saya suka badan dan pistachio.waktu mengandung pun mmg belasah badan byk2 tuk otak baby.bila baby lahir saya mkn badan tuk bykkan susu.


tp bab lemah ingatan ni..saya mmg susah nak didik diri.sbb saya suka mkn paru dan hati ayam..huhu

jahajahatable said...

akudahlupa.blogspot.com adakah satu penyakit?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs