http://masmurni.blogspot.com/

Monday, November 1, 2010

Coklat


Siapa yang tak suka coklat??semua suka kan...
daripada kanak-kanak hingga ke orang dewasa...
Hari ni nak berkongsi cerita mengenai coklat...
Menurut wikipedia:
Coklat adalah nama sejenis makanan yang diolah dari biji koko.

Keunikan bentuk,rasa dan corak menjadikan coklat begitu istimewa.Coklat memberi pengertian berbeza mengikut masa,tempat dan keadaan.Coklat sebagai satu medium yang menghubungkan rasa sayang,cinta,harapan,simpati dan penghargaan tanpa perlu diungkap dengan kata-kata.Coklat mampu memberi sinar kegembiraan kepada sesiapa yang menerimanya.Setuju tak?(hanya pendapat peribadi)

Secara Ringkas Sejarah Coklat...
Kita makan coklat,tapi kita tahu ke dari mana asal coklat dan cara menghasilkannya??
Menurut Wikipedia:
Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara hingga ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.Dalam buku Emperors of ChocolateJoel Glenn Brenner menggambarkan rahsia terkini tentang rasanya. Rasa coklat dibentuk dari campuran 1,200 jenis zat, tanpa satu rasa yang dominan. Malah, sebahagian dari zat itu pun rasanya sangat tidak sedap sekiranya. Disebabkan itu, sehingga sekarang masih tiada coklat tiruan.

NILAI PEMAKANAN COKLAT PUTIH DAN COKLAT SUSU

Kandungan Zat 8oz. Gelas (atau ½)

ZATCOKLAT PUTIHCOKLAT SUSU
Kalori168205
Protein gms.8.57.0
Kalsium gm.0.200.26
Fosforus0.220.22
Vitamin A I.U.375338
Tiamin mg.0.080.07
Riboflavin mg.0.410.37
Niasin mg.0.210.25

Sumber : Persatuan Pengilang Coklat



Peratus Tenaga Dari Protin, Lemak Dan Karbohidrat Dalam Coklat Susu Dan Tanpa Susu

Jenis
% Sumbangan Tenaga
ProteinLemakKarbohidrat
Coklat Kosong4%57%39%
Coklat Susu7%52%41%
Coklat Putih5%51%43%

Apakah Jenis-Jenis Coklat Yang Terdapat di Pasaran?


Terdapat banyak jenis produk yang boleh didefinisikan sebagai coklat dan coklat konfeksyeneri selain daripada bar coklat. Walau bagaimanapun, bila bercakap mengenai coklat, ia merujuk kepada tiga jenis coklat iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat kosong.




Khasiat coklat:


 Coklat merupakan makanan yang kaya dengan sumber tenaga segera dan senang dibawa ke mana saja, ianya sering dijadikan makanan dalam pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan lain-lain. Ia merupakan makanan 'wajib' di kalangan pengembara.

Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  • Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
Maka coklat boleh menyumbangkan:-
  • 15% Lemak
  • 6% Protein
  • 17% Karbohidrat
  • 15% Tenaga
  • ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan


Lemak koko dalam coklat mengandungi 2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.


Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.


Melalui kajian  yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.
Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.


Lemak koko yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.


Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantungPhenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.


Khasiat coklat hitam sila klik di sini
Resepi Strawberry Coklat sila klik di sini





Sumber rujukan:Lembaga Koko Malaysia,wikipedia.
Gambar by Google





2 comments:

Suratman Adi said...

Menarik sekali artikel ini,memang aku sendiri juga suka coklat

suzie rahman said...

i like coklat very much! hihi xkira r org kte menggemuk kn,jnji bila mkn coklat suzie jd xtensen.yeah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers