http://masmurni.blogspot.com/

Tuesday, November 23, 2010

Abang bawa adik lakukan jenayah




Apalah punya abang ni....boleh plak dia bawa adik dia yang umur 2 tahun masa mencuri..ishk..ishk..ishk...tak ke merbahayakan keselamatan adik dia...kalau nak  buat benda tak elok tak payah lah bawa budak kecik...

Walauapapun kes curi mencuri camni kat mana-mana je berlaku cuma kadang-kadang tak tahu sape punya angkara..tetiba je dah hilang..kepala paip pun orang sanggup nak curi...kalau nasib baik sempatlah melarikan diri..kalau tidak, jadi lah nasib seperti mamat ni....Layan je lah berita ni ye...



 
GONG MEDANG - Seorang abang tidak bertanggungjawab dan tidak tahu malu apabila sanggup menggunakan adik yang baru berusia dua tahun untuk mengaburi mata orang ramai menutup jenayah yang dilakukan. 

Lelaki berusia awal 20-an itu dipercayai terlibat mencuri besi itu bagaimanapun berjaya diberkas mangsanya dan orang ramai pada jam 10 pagi semalam di Jalan Padang Bola. 

Dia ketika itu dikatakan baru mengambil barang yang dicuri untuk dijual di kedai besi buruk. 

Suspek yang difahamkan menetap di kampung berdekatan membonceng adik lelaki dengan motosikalnya masuk ke dalam belukar mengambil barang curi yang dikumpulkan di situ. 

Pemilik bengkel berusia 43 tahun yang enggan identiti didedahkan memberitahu, dia menyedari barang di bengkelnya dicuri jam 2.30 pagi semalam apabila terdengar bunyi bising di luar rumah. 

“Saya terdengar bunyi bising di bengkel membaiki kenderaan yang terletak di tepi rumah, apabila mengintai melalui tingkap, saya nampak kelibat dua orang sedang mengambil sesuatu dan kemudian memasuki semak di belakang rumah,” katanya.

Kata mekanik itu, kira-kira jam 7.30 pagi yang sama dia cuba menjejaki kesan tapak kaki suspek yang membawanya ke dalam semak di tepi rumahnya.

Menurutnya, di dalam semak itu dia mendapati pelbagai jenis komponen enjin bot, bateri dan alat ganti kenderaan lain dilonggokkan di dalam semak itu.

“Apabila menjumpai barang itu saya mengambil keputusan menunggu di dalam semak kerana mengesyaki suspek akan datang mengambil barang tersebut pada bila-bila masa.

“Kira-kira jam 9.30 pagi, saya dapati sebuah motosikal yang dinaiki lelaki itu sambil membonceng adiknya menghampiri barangan tersebut. 

"Saya yang bersembunyi melihat suspek mengisi barangan curi itu ke dalam guni dan diletakkan di raga motosikal,” katanya.

Orang ramai yang terlebih dahulu dihubungi mekanik bertindak menahan motosikal yang dinaiki suspek bersama adiknya sebaik dia keluar dari kawasan semak itu dan berjaya merampas barang yang dicuri.

“Saya kesal kerana suspek tergamak membawa adiknya melakukan jenayah itu kerana tindakannya mendedahkan perbuatan jahat dan memberi kesan kepada masa adiknya,” katanya.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada polis manakala adiknya yang belum mengerti apa-apa itu dihantar ke rumahnya.

Sumber:Sinar Harian

12 comments:

Solihin Zubir said...

adeyhh... mmg tak layak jadi abg...

biskut said...

mungkin dia tak berniat awal nak mencuri masa bawa adik dia,tapi kadang2 bila dah dalam keadaan yang mungkin menyebabkan dia mencuri maka adiknya terbabit sama.mana lar tau dia bukan nak mencuri sangat pon..

masmurni,leh tak lau letak no hide kan shout tuh,sbb bisk alami kesulitan utk terjah kat situ.

POSH76 said...

macam2 la dunia zaman la ni...melampau betul

aibaks said...

uih.... ganasnyer abang die tuh.. huhu

~ PIJA ~ said...
This comment has been removed by the author.
~ PIJA ~ said...

abang die terpakse bawak adik die sebab die nampak bakat adik die..betol tak gune abg die nih....huhuuu

apik pehe said...

ish2..umur da menigkat tua..tapi xder jiwa sebagai abg langsung..haishhh

aReTikZ said...

Inilah contoh abang yang baik.. baik dibuang.. ahakz..

Faizal n Fashitah said...

Bangang punye abang. Ada ke patut ngajar adik kecik dia mencuri gak ishhhkk..

RuSh D said...

mcm2 btol skg nie... nk wat jahat sorg2 jer ler.. x pasal budak tue jd jahat nanti..

shera haifa said...

ish2x,,
dunia2..

geekz36 said...

dia kesian tgk adik dia boring kat rumah, tu bwk keluar sat mkn angin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs