http://masmurni.blogspot.com/

Saturday, October 30, 2010

PS3: Pro Evolution Soccer 2011 kini di pasaran

PES2011boxart.jpg

Siapa yang minat bola mesti tahu pasal game WINNING ELEVEN (WE) atau PRO EVOLUTION SOCCER (PES). Sebenarnya kedua-duanya tu macam adik beradik kembar; seorang tinggal di Asia dan seorang lagi tinggal di barat / eropah. Di Asia ialah si WE, dan di barat ialah PES.

Siapa yang pernah main WE ni mesti akan cakap 'inilah game bola terbagus di dunia'. Itulah yang suami saya cakap, sebab dia main game ni tiap-tiap hari. Siap masuk tournament masa Piala Dunia 2010, dapatlah no.2 - Ipod Shuffle sebiji. Masa Piala Dunia 2006 pun dapat no.2 - Porche Carrera sebiji....tp model je. Kalau yang boleh drive kan lagi bagus.

 Beberapa minggu lepas, KONAMI (Developer) baru melancarkan WE 2011 dan dah sampai pun di pasaran Malaysia. Macam goreng pisang panas! Try la tanya kedai game ada stok lagi ke tak...mesti dah habis...walaupon harga game tu RM180!

Antara feature terbaru:-
- 360-degree passing ratio - lagi senang nak pass bola
- Improve dalam shot & stamina meter/gauge
- Pemain pertahanan lagi bijak, bukan macam dulu - kejar pemain lawan macam anak itik ikut ibunya
- Penjaga gol pun lagi bagus, senang nak dikawal
- 1000 animasi baru & visual yang lebih bagus seolah-olah menonton bola secara langsung
- Kita boleh jadi kontraktor; buat stadium sendiri
- Strategi & taktikal boleh ubah secara 'drag & drop'
- Feint Setting - rasanya boleh set macamana player nak mengelecek bola.
- Master league online - dulu setakat Exhibition Match je boleh online rasanya.

Satu yang masih kekal ialah muka Messi sebagai cover....tak best!

Dan, takziah juga kepada Negeri Sembilan kerana esok Kelantan dapat cuti.
Malaysia Cup Final: NS 1 - Kelantan 2






5 comments:

Ellen said...

sorry ellen komen ke sini plak...

tak leh la tgl jejak kat sis punya kotak jerit sebab myb ada setting salah kat ellen pya pc ni...huhu..kalo sis dpt angkat sket ke atas myb eleln leh komen...

hari2 tensen tak dpt tgl jejak sini..hari2 dtg tau...

apisz said...

nyesal woo aku beli fifa 11. control movement dia x sedap. confirm pes 11 terbaik. tap player updated ke??? fifa 11 more real, pes 11 awesome

Anonymous said...

x sabar nk maen latest pes...huhu

ieda said...

salam kenal dari akak .. thanx singgah
ermmm x pernah dgr pasal soccer nieh :)

Si PeNCaRi KeBeNaRaN... said...

waaa, bestnya, sy pon mnt pes ni, xdak link utk donlod game ni ka?? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers