http://masmurni.blogspot.com/

Friday, October 1, 2010

Petua

thanksSalam Semua,thanks

hehehe...hari ni nak berkongsi beberapa petua yang biasa.Mungkin ramai yang dah tahu petua-petua nih...

Dua tiga hari nih agak bzz sikit,jadi tak berapa sempat nak post entry yang panjang lebar.Untuk hari nih kita berkongsi petua je la ye....ada banyak sebenarnya tapi tak ingat semua la....kena recall balik..hehehe..

Maaf banyak-banyak ye...tak sempat nak blogwalking juge....mana yang datang tuh...terima kasih banyak-banyak.Nanti saya ziarah balik...tata


thanksthanks

Jika nasi hangit
Tugas memasak bukan sahaja dikhaskan untuk perempuan malah lelaki pun kadang kala terpaksa memasak terutamanya orang bujang. Tetapi pada masa kini biasanya kita memasak nasi menggunakan periuk elektrik. Namun ada ketikanya cara lama juga digunakan. Jika kita memasak nasi dan secara tidak sedar nasi yang kita masak itu hangit tentulah menyebabkan selera kita berkurangan. Untuk mengatasi masalah nasi hangit, ambil segelas air dan masukkan gelas yang berisi air tersebut ke dalam periuk nasi. Biarkan selama 10 minit. Kemudian angkat gelas, Insya Allah nasi tersebut tidak berasa hangit lagi.

thanks

Cara hilangkan getah di pisau
Layurkan atau panaskan pisau atas api di dapur sehingga nampak getah di atas pisau mendidih. Kemudian lapkan atau sapukan pisau tadi dengan suratkhabar. Anda akan melihat pisau anda kelihatan kembali bersih. Ulangi lagi jika masih terdapat getah di permukaan pisau tersebut.

thanks

Menghilangkan kesan hitam pada kulit kerang
Cuci kerang dengan menggunakan hampas kelapa dan bilas dengan air bersih. Kemudian barulah dimasak.

thanks


Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan beberapa tangkai bunga cengkih dalam balang gula anda dan tutup rapat.

thanks


Mengelakkan Lipas
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

thanks


Hilangkan rasa hanyir ikan
Bagi penggemar ikan patin tentu anda mengalami masalah untuk hilangkan bau hanyir ikan tersebut. Untuk mengatasinya, bersihkan ikan tersebut dengan menggunakan air cucian beras beberapa kali dan selepas itu barulah dibersihkan menggunakan air biasa. Petua ini juga boleh digunakan untuk ikan-ikan yg berbau hanyir. .

thanks


Hilangkan kesan hitam pada periuk
Apabila kita telah merebus telur mungkin terdapat kesan hitam selepas siap merebusnya. Ini akan menyebabkan periuk kita tidak cantik. Untuk menghilangkannya, ambil asam keping sebanyak 2 atau 3 keping dan tambah sedikit air, kemudian masak di atas api sehingga mendidih dan kesan hitam itu hilang. Insyaallah periuk anda akan berkilat dan boleh digunakan semula.

thanks

Menjernihkan minyak masak
Minyak masak yang sudah digunakan akan menjadi keruh warnanya. Untuk menjernihkannya, goreng kerak nasi di dalam minyak tadi, InsyaAllah minyak itu akan menjadi jernih semula.

thanks

Kuali Melekat
Kuali baru selalunya melekat bila kita menggoreng sesuatu. Walaupun selepas disental beberapa kali ianya tetap melekat. Oleh itu apabila anda hendak menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan. Selain daripada itu kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng.

thanks

Mengelak Minyak Masak Berbau Tengik
Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.

thanks

Daging kambing tidak berbau
Apabila membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Sebolehnya direndam dengan air basuhan beras untuk setengah jam, dan kemudian direbus dengan halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan baunya malah melembutkan daging.

thanks

3 comments:

Leyha said...

ooo. baru tau. nnty balik umah nak test la~ hehehe.

toyolkiut said...

petua ilangkan bau hamis kambing tu ok jg..nnti nk cuba..
tima kasih!

Anonymous said...

hohoo..boleh pas ni halau lipas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers