http://masmurni.blogspot.com/

Sunday, September 12, 2010

Bekas isteri Nash:Dato' Sosilawati meninggal dunia??

Baru sampai dari kampung suami di Perak,transit jap kat rumah di puchong.Esok balik Johor pula.. tetiba terpanggil di hati untuk mencari berita terkini tentang jutawan kosmetik Dato' Sosilawati.Sekarang jam menunjukkan 3:22 pagi.. saya sedang mengikuti perkembangan beliau..Khabarnya penemuan empat mayat di Tanjung Layang berdekatan dengan sebuah ladang kelapa sawit di Morib ada kaitan dengan kes sosilawati!!! Terkejutnya!!!

Menurut satu sumber yang saya dapat: empat mayat rentung dijumpai di tanjung layang,morib berhampiran ladang kelapa sawit. Dipercayai enam tangkapan dilakukan polis termasuk seorang individu bergelar datuk bersama adiknya seorang doktor. Suspek kemudiannya membawa polis ke lokasi berkenaan petang tadi. Namun tidak dpt dipastikan sama ada mayat itu berkaitan kehilangan sosilawati bersama tiga individu lain. Identiti sebenar hanya dapat dilakukan selepas ujian dna. Difahamkan kerja mengeluarkan mayat akan dilakukan esok berikutan keadaan gelap.


Jam 3:35am

Ini yang baru saya dapat...


KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya
tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor

-sumber utusan malaysia-


menjadi tajuk utama Mingguan Malaysia ahad 12 September 2010

Ini pula berita dari BERNAMA


Police: No new leads on Sosilawati

Sunday, September 12th, 2010 01:03:00
KUALA LUMPUR: There has been no new lead in the police investigation into the disappearance of cosmetic millionaire, Sosilawati Lawiya and three men on Aug 30, Kuala Lumpur CID Chief Datuk Ku Chin Wah said.
"I hope that those with information on the case can come forward to help in the investigation."
A check at Sosilawati's home also revealed that her family had not received any information on the whereabouts of Sosilawati.
Sosilawati, 47, her driver Kamaruddin Shamsudin, 44, CIMB Kampung Baru officer Noorhisham Mohammad, 38, and lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, were reported missing since Aug 30 after going to Banting, Selangor, for a land purchase matter.
Noorhisham's family also said they had not received any information on the case. "We leave it to the police to investigate," a relative said.
Masih belum ada kepastian lagi...Semoga berita buruk itu tidak benar..Kalau ada sesape yang ada berita terkini...update saya ye..thanks 3:53am

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers