http://masmurni.blogspot.com/

Sunday, September 5, 2010

Minuman Pilihan Untuk Berbuka



Jom kita cuba buat sendiri untuk berbuka puasa hari ini.Resepi ni diambil dari majalah saji online.Semua nampak sedapkan.Terjumpa tadi,ketika mencari resepi untuk dimasak petang ni.
Tetiba terlintas untuk berkongsi dengan semua.Mana tau boleh memberi idea untuk lebih kreatif dalam menyediakan hidangan ketika berbuka nanti... Selamat mencuba ye :)




Banana Float
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji pisang montel
50 gm air gula
1/2 gelas air
Aiskrim strawberi (sebagai hiasan)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar buah pisang.
2. Masukkan dalam gelas dan dicampur dengan air gula.
3. Masukkan kiub ais.
4. Akhirkan sekali masukkan aiskrim strawberi.


Sari Buah

BAHAN A:

1/2 biji betik (sederhana besar)

50 gm ais hancur

3 sudu besar air gula

Sedikit air


BAHAN B:

1 biji mangga

50 gm ais hancur

3 sudu besar air gula

Sedikit air

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan bahan A ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.

2. Tuangkan ke dalam gelas.

3. Masukkan bahan B ke dalam pengisar dan kisar juga hingga halus.

4. Tuangkan ke dalam gelas dengan berhati-hati supaya tidak bercampur.







Villa Kolada

BAHAN-BAHAN:

2 potong buah nanas

1 cawan santan

2 keping nanas (hiasan)

1 biji buah ceri (hiasan)

Air gula



CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar buah nanas hingga hancur. Masukkan ke dalam gelas

2. Kemudian masukkan air gula, santan dan masukkan kuib ais.

3. Hidangkan bersama-sama hiasan kepingan nanas dan ceri merah.






Tembikai

Susu Supreme

BAHAN-BAHAN:

30 gm tembikai susu

1 sudu besar jagung manis

3 sudu besar susu pekat



CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar tembikai susu.

2. Masukkan dalam gelas.

3. Kemudian masukkan susu pekat dan jagung manis.

4. Masukkan kiub ais dan hidangkan.





Rafflesia

BAHAN-BAHAN:

7 ml jus oren

1.8 ml jus guava

7 ml jus mangga

7 ml jus epal

3.5 ml sirap gula (buah naga)

3.5 ml air soda

Ketulan ais secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan ketulan ais ke dalam shaker dan masukkan jus satu persatu dan goncang sehingga semua juga sebati.

2. Tuangkan jus ke dalam gelas dan masukkan sirap gula.

3. Masukkan air soda untuk mendapatkan rasa karbonat.

4. Hiaskan mengikut kreativiti dan hidangkan.

4 comments:

-haLi3isa a.k.a L3ha, MY- said...

alamak! sedapnya. boleh ka kita tukar banana tu jadik epal? hehehe.

Nur Hawa Mohd Zin said...

air-air yang menyegarkan

Nina Nurziana said...

adehh...terliur..

Haw said...

sedapnyaaa!!!.. sy nak simpan resepi nih.. terima kasih krn berkongsi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs