http://masmurni.blogspot.com/

Tuesday, September 21, 2010

Chelsea kukuhkan kedudukan,menang kesemua perlawanan pertama

DROGBA (kanan) dan Kalou menjaringkan gol untuk membantu kemenangan Chelsea awal pagi tadi.

Cheh...cheh...cheh..tetiba je tulis entri pasal bola nih...macam lawak-lawak jer...bukan tahu sangat pasal bola tapi saja nak ambik tahu..hehehe.Nama pemain bola chelsea pun tak berapa kenal (setakat kenal rupa jer...hehehe)

Pada pagi-pagi sebelum subuh ni nak cerita tentang rekod terbaru chelsea...Dengar ceritanya Chelsea mengekalkan rekod kemenangan besar pada kempen Liga Perdana England musim ini.Pasukan ini di bawah bimbingan Carlo Ancelotti telah memenangi kesemua lima perlawanan pertama dengan 21 jaringan.Penjaga golnya(hehehe...sape ye??) hanya terboloskan(tak sengaja) satu gol sahaja.Wah kira terror le tuh kan....

Pada aksi awal pagi tadi,Chelsea membelasah Blackpool 4-0 untuk memenangi kesemua lima perlawanan pertama. Kesemua gol skuad The Blues diperoleh pada babak pertama menerusi Florent Malouda yang meledakkan dua gol pada minit kedua dan 41.Salomon Kalou serta Didier Drogba turut meletakkan nama mereka selaku penjaring apabila menambah gol Chelsea masing-masing pada minit ke 12 dan 30.

Kemenangan itu turut membantu Chelsea mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga dengan 15 mata, empat mata di depan Arsenal dan Manchester United.-sumber:kosmo


1 comments:

Anonymous said...

Bola??

-baba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers