http://masmurni.blogspot.com/

Wednesday, August 25, 2010

Puding Karamel Madu



Resepi asalnya puding karamel biasa tetapi resepi ini telah saya ubah dgn menanbahkan sedikit madu ke dalam karamel..Rasa karamelnya lebih sedap berbanding dgn yang sebelumnya..Cubalah....

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 1 sudu kecil madu
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
  • *Sedikit pewarna

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Apabila sudah sejuk, tambahkan sedikit madu ke dalam karamel tadi. Karamel telah pun siap.Ketepuikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

* bagi mendapatkan puding karamel yg berbelang,,bahagi kepada dua bahagian adunan tadi.sebahagiannya ditambahkan sedikit pewarna ke dlm adunan.


1 comments:

missSenget said...

sedapnye...

nak kakmas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs