http://masmurni.blogspot.com/

Wednesday, August 18, 2010

Baked Donut



Sambil mencari-cari resepi sedap tetiba terjumpa resepi yg nampak simple dan mudah.Terma kasih Azimah Liyana kerana sudi berkongsi resepi ni..

Baked Donut

Bahan-bahan ( Dalam 10-15 biji, ikut saiz )

  • ½ cawan gula kastor 2 sudu teh vanilla essence ½ cawan susu 50g butter (dicairkan) 2 cawan tepung (diayak) 2 sudu teh baking powder 1½ cawan gula aising 1 biji telur Sprinkles warna-warni

Cara-cara

  1. Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Masukkan gula kastor, vanilla essence dan butter. Kacau rata sehingga berkrim.
  3. Masukkan susu dan kacau lagi.
  4. Tambah baking powder kemudian kacau.
  5. Masukkan tepung dan kacau lagi. Bila kacau part ni, guna whisk aje. Tapi bila dah start nak jadi doh, guna spoon.
  6. Tutup mangkuk yang ada doh tadi dengan cling film dan masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit supaya jadi keras sikit.
  7. Lepas dikeluarkan, tabur sedikit tepung ke atas pencanai (juga tangan supaya tak melekat) dan canai sehingga doh jadi bola yang bulat dan kemas.
  8. Canai atau tolak doh dengan tangan sampai jadi setebal 1 - 2 cm. Kemudian, potong doh guna acuan donut atau kalau tak ada, guna je benda lain. Contoh: Bulatan besar guna cawan, yang kecik guna penutup botol, etc.
  9. Susun di loyang dan bakar sehingga masak.
  10. Untuk topping, masukkan gula aising dan sedikit vanilla essence ke dalam mangkuk. Tambah sedikit air panas. Jangan sampai cair atau pekat sangat. Kalau terlalu cair, tambah lagi gula aising. Kalau pekat sangat, tambah lagi air. Kemudian kacau sehingga jadi aising. Celup donut yang dah dibakar dalam aising dan tabur sprinkles.
  11. Kalau nak chocolate topping, cairkan chocolate guna kaedah double boiling, kemudian tambah 2 - 3 sudu air panas/susu. Celupkan donut yang dah dibakar dan tabur sprinkles ke atasnya! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs