http://masmurni.blogspot.com/

Wednesday, August 25, 2010

Kes Penyamaran Cik Miky???


'Akhirnya.......Polis siasat individu menyamar Tunku Mahkota Johor dalam Facebook
2010/08/25- metro

JOHOR BAHRU: Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang dipercayai menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim pada laman sesawang Facebook, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung penyamaran itu semalam dan siasatan mengenainya sedang dijalankan mengikut Akta Hasutan 1948.

"Siasatan terperinci sedang dibuat oleh Polis Kontinjen Johor bersama Bukit Aman untuk mengesan individu yang terbabit," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.


Mohd Mokhtar berkata, penyalahgunaan laman sosial itu adalah perbuatan serius lebih-lebih lagi membabitkan institusi diraja.


"Keterbukaan di laman sosial kena ada batasan. Kalau kita tulis sesuka hati, ini boleh mengundang masalah. Jadi, kita kena patuh kepada undang-undang," tegasnya.


Laman sosial Facebook itu dipercayai dikendalikan oleh seorang individu bergelar "Miky" mempunyai "Diari Harian Tunku Mahkota Johor", "Tengku Ismail" dan "Tunku Mahkota Johore (Penasihat Utama TMJ)" dan dikatakan mempunyai kira-kira 10,000 peminat ketika akaun itu masih aktif beberapa hari lalu.


Selain memuat naik gambar dan aktiviti Tunku Ismail, individu itu juga melayan komen-komen peminat yang menyangkakannya dirinya ialah TMJ.


Akaun berkenaan kini sudah dinyahaktifkan dan beberapa kumpulan yang menentang tindakan individu terbabit ditubuhkan bagi menggesa tindakan undang-undang segera diambil terhadap individu berkenaan.


Penyamaran sebagai TMJ itu adalah kejadian terbaru yang mencemar institusi diraja Johor selepas penggunaan gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada kain rentang sebuah parti politik di negeri ini, awal bulan ini.-Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers